Tuesday, 8 May 2012

Wednesday, 2 May 2012

SAMBUNGAN KISAH PENGALAMAN RAWATAN JIN PENDAMPING (PAKAIAN DIRI).. YANG DISANGKA JIN SIHIR


KISAH RAWATAN JIN PEDAMPING (PAKAIAN DIRI)

Minggu ni, banyak plk kes2 melibatkan jin2 Pendamping @ Jin2 yang digunakan sebagai ‘Pakaian Diri’ & juga jin2 SAKA.. dh 13 tahun pesakit ini x dapat tidur, baru je nak tdo, pesakit itu dikejutkan dengan suara pekikan kuat sambil kaki disentap kuat, kepala jadi sakit sampai x dapat tidur. Kerana x dpt tdo, pesakit ini sering mengamuk supaya keletihan & tertidur, NAMUN hanya dapat tdo skejap. Rasa2 boleh masuk dlm Guinness Book Record kot sbb x tdo (Pesakit Paling Lama x Tidur).. hahaa.. Semasa melawat pesakit ini, pesakit hanya banyak berdiam diri, xmahu menjawab pertanyaan, muka kurus melengkung wlupun sblm ini, suaminya mngatakan tubuhnya ‘montel’.. Hendak berjalan pun terhoyong-hayang & perlu dipapah suami & anak2.. Sebelum ini, pesakit terpaksa dirawat di hospital mental Kota Bharu kerana keluarga sangkakan pesakit sudah gila. Dah berpuluh2 bomoh & perawat sudah diikhtiarkn. Sembuh sekejap, NAMUN dtg lagi sakit. Keluarga cdgkan jumpa Pakar Sakit Jiwa di Berek 12, Kota Bharu.., Last2 doktor pulak suruh ikhtiarkan plk rawatan kampong kerana berdasarkan pemeriksaan, pesakit ini waras & dapat menjawab persoalan2 psikiatri dgn jelas. Abis pusat rawatan, bomoh2 beliau menjelajah pulak. Hinggakan pernah beberapa kali jumpa bomoh2 siam & Sami Buddha utk rawatan.. Hampir kesemuanya perawat mengatakan penyakit Sihir (Buatan Orang).. paling kurang jgk yang kata Saka (Jin peninggalan Arwah org tua).. Pesakit pulak mati2 menyalahkan jiran berdekatan yang menyihirnya.. Krn memang sblm beliau sakit teruk, beliau ada bertikam lidah dgn jiran bkenaan masalah tanah. Aaghh, kita lupakan soal buatan org @ x, yg pentg psakit sembuh & x dpengaruhi jin lg..

Malam PERTAMA rawatan : baru ja saya & kawan2 bacakan ayat2 rawatan pada pesakit, terus shj pesakit x sedar diri.. baca punya baca ayat rawatan & ruqyah, pesakit menggeliat ksakitan yg amat sangat., namun xmau bersuara. Kaki kekejangan menahan sakit. Semasa menahan sakit, pesakit menampakkan mimic muka yg blainan, namun tetap xmahu bersuara. Cuma minta xnak dirawat sahaja. Ada muka mcm berkeriput, kdg2 mcm budak kecil, kdg2 membulat, Dan kdg2 penuh berseri… Namun, pada perubahan badan, nmpak sangat jin2 kesakitan amat sangat. Kadang2 bau mcm hancing sgt2, kdg2 bau busuk mcm tahi, juga busuk yg xtau dari mana. Rasa2nya, jin2 terberak, terkencing sbb menahan sakit.. Sekali skala kitorg terpaksa mhentikan bacaan kerana rasa kesian dgn jin2 dlm badan pesakit. Kami minta jin2 bagi kerjasama supaya jin2 td x rs azab.., pujuk punya pujuk Jin tu gtau Tuan dia xnak bagi cakap, apa nk jadi, jadi laa. Jin itu minta jgn diubati lg psakit ini.. Suara pesakit sering bertukar2, kdg2 ada jgk suara yg kata nk keluar dh.., tp byk suara kata xnak keluar. Malah mengugut akan bunuh semua perawat2 & keluarga perawat. Kami x peduli apa Jin tu nk kata, ayat2 ini dh biasa didengar dr jin2 yg terdesak tp degil. Malam tu, kami usahakan dulu utk jin2 yang nak keluar dulu, yg xnak keluar, diminta jgn ganggu dulu klu xnak diazab lagi.. Kalau nk usahakan sekaligus, jawabnya smpai pagi x selesai lg.. Sakit 13 tahun, xkan nak sembuh semalaman jeer.. Keluarga pesakit gtau, ramai dh perawat2 yg sohor2 (masyhur) tarik diri lps mrawat pesakit ini. Kami gtau pd keluarga pesakit, kami nk mcuba 3x rawatan jaa.., klu x diizinkan Allah lg utk sembuh, carilah perawat lain plk, lgpun kami ni ‘perawat2 kecik & x sohor’.., skdr ingin mbantu pesakit yg ksusahan. Sudah la miskin, sakit plk tuu (sblm ni, keluarga pesakit agak berada, namun akhirnya suami tpaksa bhenti kerja merantau jauh cari makan sbb nk jg bini yg comel katanya, akhirnya tpaksa bhabisan harta2 yg ada).. mlm tu, pesakit diberi minum air ‘penawar’ & muntah namun x banyak muntahnya.. Teramat busuk bau muntah tsebut walaupun zahirnya mcm air ludah biasa warnanya.. Pesakit rasa agak ringan sikit badan & kepala, Namun masih agak lemah. Malam tu, pesakit dpt la tdo lena sikit tapi masih ada gangguan… CUMA kami plk xleh nk tdo sgt, sbb kena byk berurusan dgn Jin2 & Bomoh sihir. Slh sorg kawan perawat ada klebihan boleh berdialog dg ‘pemilik @ bomoh’ sihir. Mengikut pemerhatian kami & pengalaman merawat, jin2 yg berkaitan sihir, kesemuanya dpt ditangkap, dibuang ke laut malah ada yg lari entah ke mana. Klu sungguh pesakit hanya ada masalah berkaitan sihir, pesakit akan jauh lebih sihat dlm rawatan ke 2 nanti.

Malam KEDUA rawatan : nampak pesakit agak ketakutan sikit, tp lebih berseri wajah dari malam Pertama. Kami agak hairan sikit kerana sebelum ni, rasa2nya ‘jin2 sihir’ dah ngaku kalah & xnak ganggu pesakit lagi. Sepatutnya pesakit dh nmpak sihat. Kami rasa macam ada masalah lain yg belum terbongkar. Kami pandang wajah pesakit, Tapi muka sentiasa pandang keluar, xnak tgk wajah perawat2.. Kali ini, x sempat nak baca ayat rwtn, br je dok dekat, pesakit terus kekejangan & x sedar diri.. Kami bacakan ayat2 & zikir azab jin.. Malam ni agak keras sikit bacaan. Mcm sebelum ni jgk, jin2 mganggu tetap dg sifat kdegilannya namun agak merayu supaya jgn dirawat pesakit ini. Jin merayu2 namun tetap xnak beritahu dirinya yg sebenar. Atas alasan tuannya xnak diberitahu.. Kami agak pelik, terlalu jarang kami berjumpa dgn kes2 sebegini yg mana jin2 sanggup mati demi tuannya. Walaupun sblm ni, kami pernah berhadapan dgn pesakit sihir yg merana selama 22 tahun akibat sihir & saka keluarga. Malam kedua rawatan, biasanya jin2 dh bagi kerjasama.. TAPI yg ni, xnak jgk bg kerjasama. Timbul kekeliruan terhadap pesakit ini. Tapi memang dh kehendak keluarga minta kami ikhtiarkan jgk, kami ambik jalan terakhir iaitu terpaksa ‘sembelih’ jin.. kami minta kuarga pesakit btgg-jwb k atas pembunuhan jin ini.. Urusan sembelih jin ni kami serahkan pd rakan kami yg memang kerja dia sembelih jin2 degil.. Rakan kami minta besi tumpul utk sembelih jin. Nampak pesakit (jin) ketakutan amat sangat tp tetap dgn sikap degilnya. Rakan kami lapik sejadah d tengkuk pesakit, dan ‘SCRUUPPP’ dgn penuh semangat ‘menyembelih’ jin td.. Bedebuk, pesakit jatuh mcm lembik x bmaya. Saya & sorg kawan bacakan ayat2 rawatan untuk pastikan tiada lg jin2 lain yg mganggu. Tiba2 nmpak ada lg tindakbalas d kepala & mata pesakit.., rakan tadi nk sembelih lagi.. TIBA2 jin merayu bgtau dia memang nak pergi tapi tuan dia panggil balik. Dia xnak mati mcm kawan dia tadi, terlalu ngeri dia tengok kwn dia mati. Akhirnya dia bercerita yg dia & jin2 yg ada adalah ‘Pakaian’ pesakit @ jin pendamping. Pesakit sendiri adalah Tuan dia. Utk awet muda, seri wajah, penunduk suami (katanya sebab suami dia selalu keluar jauh cari kerja, jadi dia belajar dgn Mak Sedara utk tundukkan suami, ternyata lepas tu suami dia banyak dok umah ja, keluar jauh kadang2), bacaan pada alis, mata, rambut & wajah… Kitorg bertanya mak sdara dia ada lg ke @ xda? Keluarga dia gtau dh meninggal dh, malah meninggal dlm keadaan yg mngaibkan. Masa itu br nmpak wajah penyesalan di wajah pesakit. Suami pesakit gtau, dia agak dh yg istri dia ni memakai ‘sesuatu’ tp xpasti pebenda. Suami dia fhm yg istri dia buat amalan2 karut itu sbb sayang kat suami, Cuma tindakannya x kena dgn ciri2 org islam. Jin itu juga bgtau, sebelum ni pesakit ini dh buang dgn sorg bomoh & memang pesakit ini sihat.., tapi pesakit ini panggil balik melalui bacaan &  mentera jin2 pendamping.. Itupun sbb bergaduh dgn jiran.. Jin itu bersumpah yg x akan mganggu & masuk dlm tubuh pesakit ini, cm gtau dia hanya berada diluar umah sahaja. Jin2 itu akan pergi selepas diizinkan oleh tuannya (pesakit). Selepas itu psakit sedar & nampak cergas dgn tiba2, seolah x sakit2.. siap boleh ketawa smbil2 malu2 kucing thdp suami & anak2.. Anak2 plk dok perli mak,.. katanya emak skrg dh berumur 60 lebih , bukan umo 25 tahun.. Alhmdulillah, Allah izinkan utk perawat2 kecil spt kami. Cuma kami bgtau kpd pesakit, rawatan KETIGA nanti adalah untuk membuang jin2 pendamping.. Pesakit kena sediakan bberapa brg2 kperluan utk mbuang pdamping.. Pasni jgn panggil lg pendamping itu. Klu x, dia alami mslh sama lagi.. Jenuh berubat la jwbnya..

Malam KETIGA rawatan… heheee, belum buat lagi, sbb Malam KEDUA tu baru je mlm KELMARIN…. Suami dia tepon sheh gtau dh dpt tdo lena dah.. Nanti utk rwtn KETIGA, dia akan bgtau..

MORAL : Banyak kes2 Jin Pendamping (pakaian diri), semasa proses rawatan, JIN2 itu akan menyalahkan kepada pihak lain kononnya dia adalah jin2 sihir dihantar leh si pulan si pulan.., dan juga mengatakan yg dia adalah jin peliharaan arwah nenek moyang.. Akibat timbul permusuhan antara sesame islam & juga andaian @ fitnah terhadap arwah.. Apa2 pun, baik jgn percaya apa yg jin bgtau.. Anggap shj itu hanya lakonan jin.. Yg Penting, pesakit semakin sembuh & x diganggu jin lagi…………


Malam KETIGA RAWATAN : Sepatutnya Malam k3 dia kena buat rawatan pelepas keluar dlm tempoh paling lama seminggu slps rwtn k2.., tp dia x dtg utk rwtn, katanya dia rs mcm dh sembuh, dh blh tdo.. Abis tu, skrg rs cmana? dia ckp xleh tdo balik, sakit2 badan, panas2... memang laa, sbb jin tu x pergi lg, klu pergi pon, akan datang balik sbb DlmBadan & Muka dia, penuh dgn 'makanan2' jin.. Kitorg suruh dia duduk belunjur ngadap kiblat, ngucap skali.., Masa itu ada sekitar 10 org pesakit yg dtg, & kitorg minta semua duduk belunjur bersama supaya Bacaan Ruqyah & Ayat2 rawatan x perlu baca byk kali, jimat masa.. Baru je mulakan bacaan, Mak Cik ni yg rebah dulu, mggeliat2 kesakitan, sakit2 kpala, kwn sheh suh muntahkan shj klu rs nk muntah smbil bacaan dteruskan.. Baru jer baca plk ayat 'watta ba uu maa tatlussyayaaztiin......' rebah plk sorg psakit, x sdar diri tp badan mcm kkejangan.. Aahh, biarkan dulu.. janji x mngamuk jer.. Sape suruh jin dok dlm bdn mnusia, kan dh kepanasan... pastu sorg lg psakit tbatuk2 + muntah.. Nasib baik sorg2 dh dbekalkan dg plastik muntah masing2... Klu dbuatnya buang atas lantai, jenuh la plk nk kena basuh.. Sorg psakit tuu, nmpaak dookk diaammm jeer, tp x sdar diri jgk.. KITA lupakan kisah pesakit2 lain, cerita ni Pasal SI MAK CIK itu jeer dlu.. 
     Smbil2 baca ayat2 rawatan, sheh pukul2 blkg mak cik tu dg kain serban, mnangis2 mak cik tu ksakitan, dlm hati sheh gtau, klu xnak sakit, kuar kot mulut cpt2.. mak cik tu muntah smbil2 pegang urat leher belakang.. sheh minta izin suami dia sbb kena sentuh urat tengkuk dia, nmpk mcm ada jin dok mnyorok blkg urat tengkuk dia tuu, masa sentuh je urat tengkuk blkg tu, semakin kuat mak cik tu mnggelupur, rs mcm ada tdk-bls ssuatu plk d urat tengkuk belah kiri.. Anak mak cik tu gtau, hati2 wei, rama doh tok bomo kena penyepak mak nii.. sheh minta sahabat perawat 'kunci'kan kaki tangan jin yg mgganggu dlm makcik nii... Alhmdulillah, kitorg x kena pnyepak mak cik tuu.., sheh handle mak cik ni, 2 org kwn sheh, urus psakit2 lain.. dlm hati, kitorg sntiasa bdoa supaya Allah permudahkan urusan rawatan, & xda psakit2 yg mengamuk.. Alhmdlillah, mlm k3, agak mudah ckit nk kuarkn jin2 dlm badan, bau2 buruk (tahi & hancing) x skuat rawatan k2 dulu.. Namun masih byk lg jin2 yg berada dlm badan & muka pesakit.. Al-Maklumlah dia stat amalkan ilmu pdamping sejak dia umo belasan tahun lg, Ilmu yg dberikan mak sdara atas alasan supaya kwn2 sayang pada dia... kalau la kt nmpak ksemua jin yg berada di dlm bdn & luar pesakit ini, mgkin dh cukup sekampung jin2 yg dh branak-pinak....


Malam KEEMPAT RAWATAN : kita ceritakan lain kali plk.., nk siapkn diri utk solat zohor dlu....

Monday, 30 April 2012

KONSEP PERUBATAN ISLAM : PERUBATAN ISLAM KELANTAN NAHDATUL SYIFA


1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah)

Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"

2. Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta.

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

3. Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut.

Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang membawa maksud "Setiap penyakit ada ubatnya" dan "Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut".

Hadith-hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.

4. Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam (syariat).

Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah menjengkelkan.

MENGAPA MANUSIA SAKIT

1. Sudut pandangan agama

Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Selain dari itu, Allah menjadikan seseorang itu sakit untuk membersihkan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Ini juga dikenali sebagai kifarah (hukuman) yang mempunyai tujuan baik.

Bagi mereka yang tinggi darjat keimanannya, mereka melihat dan menerima penyakit dengan hati yang lapang dan gembira, kerana mereka yakin yang datang itu adalah rahmat Allah dan bukannya hukuman. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka sehingga mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

2. Sudut pandangan zahir

Manusia sakit dan berpenyakit disebabkan oleh kegagalan organ-organ tubuh badan menjalankan tugas mereka dengan betul. Organ-organ tubuh badan boleh gagal berfungsi disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada organ-organ tersebut. Sebagai contoh, seseorang boleh mendapat penyakit kencing manis apabila organ pankreas-nya gagal mengeluarkan insulin.

Kegagalan organ-organ tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsinya adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan tabiat (lifestyle) hidup manusia. Keadaan persekitaran yang kotor dan pencemaran udara boleh menyababkan kuman-kuman dan bahan-bahan beracun masuk ke dalam badan kita dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, menyebabkan sistem immune tubuh badan kita tidak berupaya menangkisnya. Kuman dan bahan-bahan beracun ini, apabila masuk ke dalam tubuh melalui peredaran darah, akan menyerang organ-organ tubuh dan menyebabkan organ-organ tubuh cedera. Kecederaan ini menyebabkan organ-organ tubuh tidak dapat beroperasi secara optimal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan besar akan menyebabkan kecacatan kekal kepada organ dan boleh menyebabkan kematian.

Monday, 23 April 2012

PETUA DALAM MEMILIH POKOK UNTUK DIJADIKAN PENAWAR / UBAT

1- Bagi pokok yg ada beberapa jenis keadaannya seperti warna batangnya @ bunganya, maka yg berwarna putih kebiasaannya mempunyai lebih banyak khasiat berbanding pokok jenis sama yang mempunyai bunga warna lain seperti misai kucing, cempaka putih, kemunting cina dll

2- Akar kayu. Akar yang didalam tanah lebih kepada menjadi ubat sedangkan akar yang berjuntai selalunya banyak yang beracun

3- Pokok2 yang tumbuh di pulau-pulau kecil (yg dikelilingi laut) adalah lebih tinggi khasiatnya melebihi pokok2 yang berada di dataran yang lebih jauh dari laut

4- Pokok Semeru Gajah hendaklah diambil dan dipotong dengan bahan bukan besi seperti dgn tembikar, kaca, tanduk DLL. Agar khasiatnya kekal penuh dibandingkan dgn pokok2 yang lain

5- Untuk memerhatikan samada pokok2 itu beracun @ tidak, perhatikan pada kambing, monyet2 @ binatang ternak lain., seandainya daun pokok itu tidak dimakan oleh binatang2 itu, maka pokok itu biasanya beracun. Pokok tembakau misalnya, sesudah dihidu & dipastikan tumbuhan itu mempunyai racun & membahayakan kesihatan, maka binatang2 tersebut x mendekati lagi pokok tembakau tersebut. (Berbeza pula dgn manusia, yang semakin mendekati malah masih menghisap produk2 hasil dari tembakau yg sudah jelas statementnya membahayakan kesihatan)

6- Akar, ranting @ daun yang menghadap matahari terbit lebih berkhasiat dari yang mengadap matahari jatuh. Kerana matahari waktu pagi lebih banyak memancarkan kesihatan berbanding yang petang yang lebih memudaratkan

7- Memulai memetik daun pokok @ memulakan urusan terhadap pokok tersebut, mulai dengan ucapan Bismillah........

Sunday, 22 April 2012

20 KAEDAH MENGHALANG DIRI DARI MUDAH DIPENGARUHI SIHIR/MAKHLUK HALUS

Kaedah ini juga adalah antara kaedah2 mujarab untuk menutup pintu2 masuk jin/iblis/syaitan dari masuk ke dalam badan, minda & hati kita.., seterusnya mengusai kita......


1. Mengambil berat tentang solat berjemaah 
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama-kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain. 

Mengikut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, ertinya: 

"Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik). 

2. Menyebut nama Allah apabila masuk ke rumah dan apabila makan 
Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya: 

"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya), 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'" 

3. Membaca doa perlindungan apabila masuk ke tandas 
Terdapat hadith daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, apabila Nabi Muhammad SAW memasuki tandas, baginda mengucapkan: 
"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jin kafir (syaitan) betina dan syaitan jantan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 



4. Berwuduk sebelum tidur
Disebutkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Bara` bin Azib RA, maksudnya:

"Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidurmu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk melakukan solat." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur 
Dalam satu hadith yang panjang, diringkaskan di sini, bahawa Abu Hurairah RA menceritakan beliau telah didatangi seorang pencuri yang mencuri hasil kutipan zakat yang dijaganya sebanyak tiga kali, sedangkan telah dua kali diberi amaran dan dia telah berjanji tidak akan datang mencuri hasil kutipan zakat itu lagi. 

Untuk kali ke tiganya, dia berkata "Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat semoga Allah memberikan manfaat untukmu dengan kalimat ini." Beliau pun bertanya tentang doa itu. Dia berkata, "Jika kamu berbaring di perbaringan, bacalah ayat kursi, kerana dengan begitu, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya." 

Maka beliau pun melepaskannya sekali lagi. Pagi esoknya, Rasulullah SAW bertanyakan akan hal tahanannya lagi, lalu Abu Hurairah RA menceritakannya. Lalu baginda bersabda, "Mahkluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan ia adalah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak bicara sejak tiga hari yang lalu itu?" Beliau menjawab, "Tidak". Baginda bersabda, "Ia adalah syaitan." (Hadith Riwayat Bukhari dengan ta'liq) 

6. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur

Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan,
"Gabungkanlah kedua telapak tangan anda dan bacalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas padanya. Kemudian, tiuplah keduanya lalu sentuh anggota badan seluruhnya, sejauh yang dapat dicapai dimulai dari kepala." (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA) 

7. Tutup mulut apabila menguap
Dalam satu hadith, Abu Said Al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan, kerana syaitan akan masuk." (Hadith Riwayat Imam Muslim dan Ad-Damiri) 

8. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
"Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan istintsar tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Istintsar ialah perbuatan menyedut air ke dalam hidung, kemudian menghembusnya keluar, seperti ketika berwuduk. Hikmah lain istintsar ialah ia merupakan satu penawar bagi penyakit resdung. Amalkanlah selalu, contohnya selepas keluar ke kawasan kotor berdebu seperti di jalan raya. 

9. Mendirikan Solat Tahajjud 
Apabila seseorang tidur, lalu bangun di pagi harinya tanpa sedikit pun qiyamullail, syaitan akan semakin dekat menguasainya. Dari Abdullah bin Masud RA, dia berkata, 

"Pernah disebutkan kepada Rasulullah SAW seorang lelaki yang tidur semalam penuh hingga bangun di pagi harinya, maka beliau bersabda: 'Itu adalah orang yang kedua telinganya (atau satu telinganya) telah dikencingi syaitan.'" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

10. Tutup rumah dan tahan anak-anak menjelang Maghrib
Dalam satu hadith marfu' yang meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA, katanya;
"Janganlah kalian biarkan unta, lembu, kambing dan yang sejenisnya, serta anak-anak kalian masih berkeliaran di luar rumah ketika matahari terbenam hingga kabut malam (waktu Isya') menghilang; kerana syaitan-syaitan bertebaran ketika matahari terbenam, hingga kabut malam menghilang." (Hadith Riwayat Muslim) 

11. Jangan kencing pada lubang-lubang 
Imam Nasa'i meriwayatkan dari Qatadah, dari Abdullah bin Sirjis, katanya Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya; 

"Janganlah salah seorang di antara kaluan kencing pada lubang-lubang." Mereka bertanya kepada Qatadah, "Mengapa kita dimakhruhkan untuk kencing pada lubang-lubang?" Dia menjawab, "Kerana lubang-lubang merupakan tempat tinggal jin." (Hadith Riwayat Abu Dawud, An-Nasa'i dan Imam Ahmad) 

12. Mengingat Allah setiap waktu dan keadaan 
Menurut satu kajian oleh Prof Dr Sir Norhisham Wahab, seorang pelopor Colour Vibration Therapy (CVT), syaitan dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. Zikir pula memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal, menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti syaitan atau jin. Selalulah berzikir dengan zikir yang telah diajar oleh Rasulullah SAW yang banyak dikumpulkan sekarang di dalam koleksi Al-Maksurat dan Al-Azkar. 

Dalam satu hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya; 

"Dan aku memerintahkan kalian untuk mengingat Allah kerana perumpamaan mengenai hal itu seperti seorang lelaki yang dikejar oleh musuh-musuhnya hingga ia sampai di sebuah benteng kukuh yang melindungi dirinya dari mereka. Sama halnya dengan seorang hamba tidak akan dapat menjaga dirinya dari syaitan kecuali dengan mengingat Allah (berdzikir kepada Allah)." (Hadith Riwayat At-Tirmidzi) 

13. Mengingat Allah ketika bangun tidur 
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; 

"Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas."(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim) 

14. Mengingat Allah ketika keluar rumah 
Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya; 

"Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah (dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu." (Haith Riwayat At-Tirmidzi) 

15. Mengingat Allah ketika masuk masjid 
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA, dari Nabi Muhammad SAW bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, "A'udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim (Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Na yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk." Beliau berkata, "Itu saja?" Baginda berkata, "Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata 'Ia telah dijaga dariku sepanjang hari'. " (Hadith Riwayat Abu Dawud) 

16. Merapatkan saf solat berjemaah 
Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya; 

"Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya." (Hadith Riwayat Abu Dawud) 

17. Mengingat Allah ketika menanggalkan pakaian 
Dari Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya; 

"Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah." (Hadith Riwayat At-Thabarani) 

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. Doa menanggalkan pakaian: 


Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain dari Dia.

18. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri
Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya;

"Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan 'Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana' (Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berkan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anak tersebut akan terhindar dari syaitan selamanya." (Hadith Riwayat Bukhari) 

19. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah 
Buah Tamar atau Kurma mempunyai pelbagai khasiat. Bagi Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya; 

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir." (Hadith Riwayat Bukhari) 

20. Mengelakkan pintu-pintu kemasukan jin dan syaitan 
Daripada penceritaan para pengamal perubatan Islam, terdapat empat pintu utama yang ditunggu-tunggu oleh jin dan syaitan untuk merasuki manusia. Empat pintu itu ialah: 

  • Terlalu marah
  • Terlalu gembira/ seronok/ leka
  • Terlalu dukacita
  • Terlalu syahwat
Selain itu, syaitan mudah menghasut manusia apabila ia dalam keadaan kenyang, terlalu sayangkan harta dunia, melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa, terdetik di dalam hati perasaan hasad dengki dan lain-lain lagi. 

Sebenarnya banyak lagi pintu masuknya syaitan jika dikaji secara terperinci. Untuk itu, adalah lebih baik untuk sentiasa membentengi diri dengan dzikrullah (mengingati Allah) setiap masa dan jauhilah sifat-sifat tercela.

Saturday, 21 April 2012

DOA & AMALAN UTK MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKAT KESIHATAN DARAH

DOA & AMALAN UTK MEMELIHARA DAN MEMPERTINGKAT KESIHATAN DARAH :-


MENURUT DR. DANIEL, seorg pengkaji darah yang menghubungkan kajiannya dengan al-Quran, bahawa sseorg yg stiasa mendengar ayat2 Quran dan berzikir, akn menyebabkan darahnya lebih baik malah meningkat ke taraf yg lebih terpilih dan lebih bersinar2, DNA darahnya x mudah rosak dan mudah diubati bl ditimpa dg ssesuatu penyakit yg kronik. Jaringan darahnya mjadi lbh halus dan lebih bercahaya.

Salur2 darah kt adalh laluan utama syaitan2 & makhluk2 halus untuk ke HATI dan OTAK (Fikiran) kt.. Dengan stiasa berzikit dan mbaca ayat2 Quran, zarah2 darah akn lbh halus dan bercahaya (nur), akn lebih menyulitkan perjalanan syaitan @ makhluk2 halus utk MEROSAKKAN HATI DAN FIKIRAN KT..

ANTARA PENYAKIT2 BERKAITAN DARAH : LEUKIMIA, MIGRAIN, KENSER, STROK, KENCING MANIS, DARAH TINGGI/RENDAH, BUAH PINGGANG DLL..

AYAT2 KHUSUS YG SESUAI : Hendaklah hafal dan sentiasa amalkan..
1- Surah An-Nahl :16
2- Surah Al-Hajj : 37
3- doa "Allahummaj Al Nuuran Fi Damii - Ya Allah, Percahayakanlah Darahku"
baca 7 x.. hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim & Ahmad..

YASIN 7 MUBIN

KHAIFIAT YASIN 7 MUBIN : UNTUK SEGALA HAJAT TERUTAMA UNTUK BARANG @ ORANG HILANG @ TAK BALIK RUMAH

1- SOLAT HAJAT 12 RAKAAT

2- Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

AMALAN UNTUK MEMISAHKAN AHLI MAKSIAT

AMALAN UNTUK MEMISAHKAN AHLI MAKSIAT :-

Zaman sekarang ni, dunia semakin mencabar, kita x sempat memerhatikan kesemua anak kita juga orang2 yg dibawah tanggungan kt. Dihadapan kita, kita nampak anak2 kita cukup bersopan santun, sangat menghormati kita sebagai org tua, tapi di belakang kita, kt belum boleh beri jaminan yg anak kita tetap sama spt diorang brada di hadapan kita, ada yang selalu bawak kawan tidur di rumah, tapi rupa2nya, mereka saling menyintai & melakukan hubungan terlarang dlm rumah kita. Ada yg bgtau keluar jumpa kawan untuk studi group, rupa2nya keluar jumpa teman dirindui... macam2 hal....


Apa2 pun, sheh boleh cuba bantu anda & ajar anda antara kaedah amalan untuk menjaga anak2 kita agar sentiasa berakhlak mulia di dalam setiap keadaan. Ini adalah antara kaedah sahaja, selebihnya anda pula kena usahakan sendiri seperti cara didikan anak2, amalan anda sdiri terhadap Allah swt, pemakanan utk anak2 dr sumber2 yang halal & tiada syubhat..


INI ADALAH AMALANNYA :-

Caranya : Dibacakan pada air @ makanan (spt. beras,gula,garam dll yang menjadi makanan kegemaran orang terbabit), ditiup dengan penuh keyakinan pada Allah & mengharap redha serta belas-rahmat dari Allah… dan diberi minum @ makan…

Cara Amalan :
1- Mengucap 9x
2- Istighfar 9x
3- Salawat 9x
4- Al-Fatihah 9x
5- Al-Baqarah : 50,53, Al-Maidah : 35, Al-An’am : 153, Yusuf : 67, Al-Anfal : 29
Al-A’raf : 89, Al-Kahf : 78, (Berdoa dan beriktiqad dalam hati : Ya Allah Yang Maha Memisahkan, pisahkan ……………..dengan…………….kerana………………) ULANG 7x

6- Al-Kafirun sepenuhnya, dan ulang ayat akhir 7x sambil memohon mereka berpisah dan menurut hala-tuju masing2..

7- At-Taubah : 41, Ar-Ruum : 14 sambil berdoa lagi

8- tutup dengan salawat..

Sekiranya anda inginkan yang terpisah tadi tetap tinggal dirumah, tambah dengan ayat 80, Surah Al-Hijr…

Tuesday, 17 April 2012

AYAT-AYAT RUQYAH (ASAS)

Diamalkan setiap pagi & petang..

الرقية الشرعية

Al-Fatihah (9x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1)

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

5 ayat terawal Surah al-Baqarah (1x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الم (1) ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (2) الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ (4) أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (5)

Ayat al-Kursi (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

2 ayat terakhir Surah al-Baqarah (1x)

آَمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آَمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ (285) لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Ayat daripada Surah Ali Imran (1x)

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ. رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ * رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

Ayat-Ayat daripada Surah Yunus (7x)

قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لَا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ

Ayat daripada Surah al-Ra‘du (7x)

الَّذِينَ آَمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (28)

4 Ayat terakhir daripada Surah al-Mu’minun (1x)

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ (115) فَتَعَالَى اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ (116) وَمَنْ يَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آَخَرَ لَا بُرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِسَابُهُ عِنْدَ رَبِّهِ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ (117) وَقُلْ رَبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

Ayat daripada Surah al-Nur (1x)

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (35)

Ayat-Ayat daripada Surah al-Saaffat (1x)

إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ (6) وَحِفْظًا مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَارِدٍ (7) لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ (8) دُحُورًا وَلَهُمْ عَذَابٌ وَاصِبٌ 7x (9 ) إِلَّا مَنْ خَطِفَ الْخَطْفَةَ فَأَتْبَعَهُ شِهَابٌ ثَاقِبٌ

Ayat daripada Surah al-Zumar (3x)

قُلْ أَفَرَأَيْتُمْ مَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلْ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوْ أَرَادَنِي بِرَحْمَةٍ هَلْ هُنَّ مُمْسِكَاتُ رَحْمَتِهِ قُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُونَ (38)

4 Ayat terakhir Surah al-Hasyr (3x)

لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآَنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (21) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (22) هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (23) هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

2 Ayat terakhir Surah al-Qalam (3x)

وَإِنْ يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ لَمَّا سَمِعُوا الذِّكْرَ وَيَقُولُونَ إِنَّهُ لَمَجْنُونٌ (51) وَمَا هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ لِلْعَالَمِينَ

Ayat daripada Surah al-Buruj (7x)

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ

Surah al-Ikhlas (11x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (1) اللَّهُ الصَّمَدُ (2) لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ (3) وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ (4)

Surah al-Falaq (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (1) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (2) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (3) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (4) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (5)

Surah al-Nas (3x)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (1) مَلِكِ النَّاسِ (2) إِلَهِ النَّاسِ (3) مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (4) الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5) مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ (6)