1- Bagi pokok yg ada beberapa jenis keadaannya seperti warna batangnya @ bunganya, maka yg berwarna putih kebiasaannya mempunyai lebih banyak khasiat berbanding pokok jenis sama yang mempunyai bunga warna lain seperti misai kucing, cempaka putih, kemunting cina dll
2- Akar kayu. Akar yang didalam tanah lebih kepada menjadi ubat sedangkan akar yang berjuntai selalunya banyak yang beracun
3- Pokok2 yang tumbuh di pulau-pulau kecil (yg dikelilingi laut) adalah lebih tinggi khasiatnya melebihi pokok2 yang berada di dataran yang lebih jauh dari laut
4- Pokok Semeru Gajah hendaklah diambil dan dipotong dengan bahan bukan besi seperti dgn tembikar, kaca, tanduk DLL. Agar khasiatnya kekal penuh dibandingkan dgn pokok2 yang lain
5- Untuk memerhatikan samada pokok2 itu beracun @ tidak, perhatikan pada kambing, monyet2 @ binatang ternak lain., seandainya daun pokok itu tidak dimakan oleh binatang2 itu, maka pokok itu biasanya beracun. Pokok tembakau misalnya, sesudah dihidu & dipastikan tumbuhan itu mempunyai racun & membahayakan kesihatan, maka binatang2 tersebut x mendekati lagi pokok tembakau tersebut. (Berbeza pula dgn manusia, yang semakin mendekati malah masih menghisap produk2 hasil dari tembakau yg sudah jelas statementnya membahayakan kesihatan)
6- Akar, ranting @ daun yang menghadap matahari terbit lebih berkhasiat dari yang mengadap matahari jatuh. Kerana matahari waktu pagi lebih banyak memancarkan kesihatan berbanding yang petang yang lebih memudaratkan
7- Memulai memetik daun pokok @ memulakan urusan terhadap pokok tersebut, mulai dengan ucapan Bismillah........
Monday, 23 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment