Featured Posts Coolbthemes

Saturday 12 October 2013

JIN DALAM CCTV - PENGALAMAN SEBENAR RAKAN PERAWAT

https://www.facebook.com/photo.php?v=631444783566893&set=vb.100001041307825&type=2&theater

INI adalah Pengalaman SEBENAR rakan perawat selepas Solat Hajat. Tuan rumah sering diganggu oleh pelbagai bunyi pelik di dalam rumah terutama di ruang makan. Anak beliau juga sering mengatakan yang ternampak bayangan2 pelik di dalam rumah & kadang2 anak beliau seolah bermain kejar-kejar dengan bayangan itu.. 2,3 hari selepas itu Solat Hajat itu, bayangan dalam dalam CCTV ini semakin hilang & bunyi2 pelik sudah x kedengaran lagi.. Alhamdulillah

Friday 11 October 2013

RAWAT PENYAKIT ANDA DENGAN SOLAT

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam danbertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

KAEDAH MUDAH AGAR ANDA CEPAT SEMBUH DARI PENYAKIT MAKHLUK HALUS

Kepada PESAKIT2 yg inginkan kesan rawatan yg lbh cepat.. Pesakit sdiri hendaklah istiqamah membuat rawatan dgn mana2 perawat, xboley dgn sekali dua sahaja & sentiasa sabar dlm berubat.. PALING Penting juga, PESAKIT sdiri hendaklah berPANTANG.. Antara PANTANG yg PESAKIT MESTI AMALKAN spanjang PROSES Rawatan sdg dijalankan ialah : 
1) Kontrol emosi yg mudah Marah krn Kemarahan sdiri adlh antara Tarikan Utama masuknya Jin ke dalam Badan/Pikiran pesakit. SEMEMANGnya, JIN2 & MAKHLUK HALUS akan lebih mudah memasuki Jasad, Fikiran & Hati kita melalui EMOSI MANUSIA yang menjadi KEGEMARAN mereka seperti MARAH, TERKEJUT, SHAHWAT KEMUNCAK, SEDIH MELAMPAU/MERATAP & GEMBIRA MELAMPAU. EMOSI2 ini akan menjadi MAGNET yg KUAT utk mereka berada dalam badan kita
2) Sentiasa berwuduk.. krn hakikatnya semua anggota wuduk adalah mempunyai PINTU2 KEMASUKAN Jin spt melalui Jari2 tangan & kaki terutamanya kuku, kuku yg kotor akn mnyenangkan lg jin memasuki badan, Mata, Mulut, hidung, telinga & ubun2.. BERWUDUK akan menjadikan anggota kita BERCAHAYA & MENYUKARkan JIN2 & MAKHLUK HALUS MEMASUKI BADAN, FIKIRAN & HATI kita
3) Kurangkan @ Jangan makan Ayam Daging terutama kulitnya, Lemak2 daging, air soya, Makanan yg terlalu banyak minyak (minyak2 yg telah digunakan disyorkan tidak digunakan) & segala makanan yg boleh mnyebabkan minyak & lemak semakin meningkat dlm darah.. Minyak & lemak akan menjadikan darah kita kotor & ianya sudah tentu menjadi hidangan istimewa utk jin2 yg sedang berkeliaran dlm badan pesakit.. BANYAKkan makan makanan yg berasid spt Limau Nipis, asam2, vitamin C & makanan yg berprotin tinggi spt Ikan..
4) Sentiasa mbaca doa mjauhkn gangguan jin sebelum Berjimak dg isteri krn Jin suka masuk ke dalam tubuh badan melalui Nafsu syahwat yg kemuncak
5) Sentiasa memulakan sesuatu urusan dgn kalimah Bismillahirrahmanirrahim terutama semasa makan
6) Amalkan doa masuk tandas krn tandas adlh Pejabat Utama Pentadbiran Jin/Syaitan
7) Pesakit sdiri kna selalu amalkan ayat2 pembatal sihir & ayat2 utk rawatan diri
 Yakin sepenuhnya bahawa Hanya Allah yg Maha Penyembuh

8) Sentiasalah mengamalkan DOA2 yang telah diajarkan & diamalkan Rasulullah

LEBAM-LEBAM DI ANGGOTA BADAN



Selalu LEBAM-LEBAM ??? tak tahu dari mana datangnya lebam...
Semoga Allah melindungi kita...

bangun pagi tiba2 ada lebam kat anggota badan, siapa disini yang kerap ada lebam2 dibadan?

Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.

Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat, pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. Apa yang lebih malang, sekali Jin menggigit pasti akan digigit lagi. Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar waktu senja atau petang, jangan dedahkan aurat dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga.

Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat, namun Jin mampu melihat kekasihnya. Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya, pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. Malah bila orang datang merisik lalu senyap, orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.

FORMULA MENYEMAK MUKA SURAT JUZUZ-JUZUZ YANG TERDAPAT DALAM AL-QURAN

KAEDAH (FORMULA) Ringkas untuk MENYEMAK MUKASURAT setiap JUZUZ dalam AL-QURAN..... >>>>>>>>>

(No. Juzuz) darab 2, Tolak 2, Letakkan 2 Dibelakang.. Misalnya Nak Semak JUZ 8..
(8 x 2) - 2 = 16-2 = 14 & Letakkan No 2 di Belakang 14 iaitu 142..
bermakna JUZ 8 adalah di MukaSurat 142..

Juz 21 = (21 x 2) - 2 = 42 - 2 = 40 letakkan no 2 dibelakang = 402


CUBALAH.. Semoga FORMULA ini dapat menjadi Panduan Ringkas untuk ANDA..

PESANAN PENTING KEPADA PESAKIT

PESANAN PENTING SEBELUM PESAKIT MEMULAKAN RAWATAN

MAKLUMAN : 
RAMAI yg suka bertanya Rawatan Sihir Jarak Jauh & Minta USTAZ SCAN penyakit yg diALAMi smada penyakit diri sendiri @ org lain, mereka nak tau Jenis Penyakit, Punca Penyakit, Dari mn ia datang, klu sihir, siapa yg buatkn, kenapa dia buatkan, jika saka plk, dari mana dia dtg, sebelah emak ke, sebelah ayah ke, sebelah datuk ke, nenek ke, isteri dia amalkan penunduk ke dia ke, DLL pertanyaan yg pelik2 yg SUDAH SEBATI DALAM FIKIRAN MASYARAKAT KITA.. 
HAAA... DI SINI USTAZ NK BAGI JAWAPAN :

1) JIKA USTAZ ceritakan semua yg DIA nk tau, APAKAH PENYAKIT dia OTOMATIK SEMBUH?


2) JIKA benarlah pesakit tau pihak yg SIHIRkan dia itu & SELALU membuat PENGANIAYAN kepadanya, APAKAH dia mampu BERLAPANG DADA, TERBUKA HATI utk MEMAAFKAN mereka MALAH membuat KEBAIKAN YG IKHLAS terhadap MEREKA sptmana AKHLAK RASULULLAH TERHADAP WANITA YAHUDI yg selalu menganiaya RASULULLAH..?


3) MENGAPA kita nak TAU SGT2 KEJAHATAN org lain, SEDANGKAN KEJAHATAN @ KELEMAHAN diri kita XNAK UTAMAKAN MALAH PERBAIKI..? APAKAH bila TAU KEJAHATAN mereka, PENYAKIT JUGA TERUS SEMBUH..? YG PASTI, setiap kita mempunyai PEMBALASAN MASING2, kita yg BERBUAT KEBAIKAN PASTI akan menerima KEBAIKAN dari ALLAH, YG JAHAT tu plk, SUDAH DITENTUKAN BAHAGIAN mereka masing2.. KESAKITAN yg kita alami sdiri adalah datangnya DARI ALLAH & ATAS SIFAT MAHA ADIL ALLAH jua & UNTUK MENGHAPUSKAN DOSA2 KITA yg LEPAS & KITA X SEDARI. dgn SAKIT, kita LEBIH DEKAT DGN ALLAH (MALANG sekali semasa SIHAT x INGAT ALLAH, BILA SAKIT pon X INGAT ALLAH jgk). setiap SAAT kita SAKIT, kt TERIMAnya dgn REDHA, kt dpt PAHALA IBADAH yg x PUTUS2. SUNNAH juga BILA SAKIT, KITA IKHTIARkn rawatan & rawatan ISTIQAMAH adalah lebih DISAYANGI ALLAH. Kita dapat PAHALA IBADAH sepanjang tempoh KITA IKHTIARKN RAWATAN. BILA kt SEMBUH, KITA DAPAT LAGI MEMBUAT LEBIH IBADAH.. BUKANNYA kembali ke PERANGAI kurang ELOK SEBELUM kita SAKIT..


4) BUANGlah dalam FIKIRAN & HATI kita tentang KEJAHATAN & KELEMAHAN orang LAIN.. PENYAKIT kita ni JENIS SAKA KE, SIHIR KE, TSAMPUK KE DLL.. HAKIKATnya mereka itu adalah SEMUAnya JENIS JIN & sdg MENGUASAI TUBUH BADAN KT, FIKIRAN kt & juga HATI kt.. Tapi FIKIRkanlah KENAPA DIRI KITA dapat DIKUASAI oleh JIN & MAKHLUK HALUS? MENGAPA kita TERLALU LEMAH smpai DIORANG DAPAT MENGUASAI kita dgn MUDAH? APAKAH KESALAHAN sebelum2 ni hinggakan ALLAH MENGIZINKAN KEJAHATAN MANUSIA & JIN boleh MENGUASAI kita, FIKIRAN & HATI kt..? SBB itulah, Dalam AMALAN RAWATAN USTAZ, USTAZ lebih MENEKANkan kepada PESAKIT :


1- AMALAN2 & RAWATAN untuk MEMBINA KEKUATAN DIRI pesakit
2- BERUSAHA membuang DALAM DIRI, FIKIRAN & HATI pesakit, punca2 & sumber2 yang MENJADI KEGEMARAN JIN misalnya CARA PEMAKANAN, cara BERPAKAIAN, cara BERGAUL dg MASYARAKAT, Amalkan DOA2 RASULULLAH & SUNNAH, JAUHI FIKIRAN & HATI dari SIFAT2 BURUK YG DIGEMARI SYAITAN & JIN. BINA sifat2 POSITIF dalam FIKIRAN & HATI agar kita SUKAR DIKUASAI DIORANG..
3- AMALKAN sifat & sikap suka BERSEDEKAH & suka MENOLONG org lain yg MEMERLUKAN sekalipun orang itu TIDAK BERBUDI KEPADA KITA.
4- SCAN yg USTAZ buat dalam BLOG adalah ijazah khusus & PERCUMA, AGAR PESAKIT x MENGHARAP LAGI TILIKAN2 dari BOMOH2 @ PIHAK lain yang mencari KESEMPATAN dari kelemahan PESAKIT. JIN suka mereka2 CERITA agar kita menjadi LEMAH FIKIRAN & ROSAK HATI, menimbulkan FITNAH-MEMFITNAH, TUDUH MENUDUH & PERBALAHAN sesama MANUSIA. dgn SCAN, CUKUPlah kita MENGETAHUI yg KITA sdg SAKIT @ SIHAT.. JIKA SAKIT, kt IKHTIARKAN RAWATAN
CPT2.. JIKA semasa SCAN, PESAKIT x merasa APA2 TINDAK BALAS maka seyogianya PESAKIT semak pula melalui KAEDAH KLINIKAL.

RAJIN2 LAH RUJUK BLOG USTAZ.. I ALLAH, USTAZ cuba MEMBERIkan PANDUAN SEBAIK MUNGKIN demi KEBAIKAN diri ANDA, FIKIRAN anda & HATI anda.. 

Wednesday 9 October 2013

AMALAN PENERANG HATI & KECERDIKAN FIKIRAN

AMALAN PENERANG HATI & KECERDIKAN FIKIRAN

Letakkan Air Dihadapan
1) Solat Taubat 2 Rakaat
2) Solat Hajat 2 @ 12 Rakaat (dilakukan dua rakaat, dua rakaat)
3) Zikirkan dalam keadaan Tenang & Khusyuk :-
    Ya Allah (3 kali), Ya Rahman ( 3x ), Ya Khabiir ( 3x ), Ya Quddus ( 3x ), Ya Maajid ( 100x ),
    Ya Rasyiid ( 1000x ), Ya Aliy ( 110x )..... Tiupkan pada Air
    Ya Nuur ( 100x ), Baca ayat 35 dalam Surah An-Nuur ( 9x ),
    Baca ayat 1-4 surah Ar-Rahman ( 7x ), An-Najm ayat 3-4 ( 7x ).... Tiupkan dalam Air
    Baca Surah Fatihah ( 70x ), Surah al-Insyirah ( 21x ).... Tiupkan pada Air. Amalkan SELAMA 
    21 hari @ 41 hari..
4) Air tersebut hendaklah selalu diminum & Setiap 3 hari dibuat sebagai Mandian.. Amalkan dengan penuh Yakin & Istiqamah.. Anda akan rasai barakah ayat-ayat Allah & Nama-Nama Allah ini..

   

Tuesday 1 October 2013

Doa Basmalah dan Fatihah Syaikh Abdul Qadir al-Jailani

Doa Basmalah dan Fatihah Syaikh Abdul Qadir al-Jailani

WIRID  BASMALAH

Amalan berikut ini adalah wirid basmalah susunan Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani yang disebutkan dalam
Kitab Ash-Shalawat wa al-Awrad :

Bismillaahirrahmaanirrahiim

Allaahumma inii as-aluka bihaqqi bismillaahirrahmaanir-rahiim,
wabihurmati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabifadhli bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabi’azhamati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabijalaali bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabijamaali bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabikamaali bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabihaybati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabimanzilati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabimalakuti bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabijabaruti bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabikibriyaa-i bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabitsanaa-i bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabibahaa-i bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabikaramati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabisulthaani bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabibarakati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabi’izzati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabiquwwati bismillaahirrahmaanir-rahiim
wabiqudrati bismillaahirrahmaanir-rahiim
irfa’ qadrii wasyrah shadrii wa yassir amrii warzuqnii min haytsu laa yahtasib bifadhlika wa 
karamika, ya man huwa kaaf haa yaa ‘ain shad haa mim ‘ain sin qaaf, wa as-aluka bijalaalil-
‘izzati wa jalalil-haybati wa jabaruutil ‘azhamati an taj’alanii min ‘ibaadikash-shaalihiinal-ladziina 
(laa khawfun ‘alayhim walaa hum yahzanuun) birahmatika yaa arhamar-raahimin wa an 
tushalliya ‘alaa sayyidinaa muhammadin wa ‘ala aali sayyidinaa Muhammad.

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan haq bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan kemuliaan bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan keutamaan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan keagungan bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan kebesaran bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan keindahan bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan kesempurnaan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan kewibawaan bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan kedudukan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan kekuasaan bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan keperkasaan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan kebesaran bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan pujian bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan cahaya bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan kemuliaan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan kekuasaan bismillaahirrahmaanir-rahiim dan dengan keberkahan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
dan dengan kemuliaan bismillaahirrahmaanir-rahiim, dan dengan kekuatan, dan dengan kekuasaan bismillaahirrahmaanir-rahiim,
angkatlah kemuliaanku, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan berikanlah aku rizqi yang tak
disangka-sangka datangnya dengan keutamaan-Mu dan kemuliaan-Mu, wahai DZat Yang Dia kaf  ha ya 
‘ain shad ha mim ‘ain sin qaf (hanya Allah yang tahu arti sesungguhnya kalimat-kalimat itu) dan aku memohon dengan
kebesaran kemuliaan-Mu, dengan kebesaran kewibawaan-Mu, dengan keperkasaan keangungan-Mu,
agar Engkau menjadikanku tergolong hamba-hamba-Mu yang shalih (yang tidak ada perasaan bersedih hati),
dengan rahmat-Mu, wahai Yang Paling Pengasih di antara yang pengasih. Dan aku memohon agar
Engkau senantiasa melimpahkan rahmat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad dan kepada keluarga
junjungan kami, Nabi Muhammad.



DOA PEMELIHARAAN DIRI
Doa Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani berikut ini sangat baik dibaca sesudah membaca dzikir Allah (yakni
membaca Allah, Allah, Allah….) setiap selesai shalat fardhu sebanyak 66 kali, untuk mendapatkan
pemeliharaan diri dari Allah SWT dari
segala yang tidak dikendaki. Doanya adalah sebagai berikut :

Bismillaahirrahmaanir-rahiim

Allaahumma inni as-aluka bisirridz-dzaati wabidzaatis-sirri huwa anta huwa, ihtajabtu binuurillaahi 
wabinuuri ‘aduwwillaahi, bimi-ati alfi laa hawla walaa quwwata illaa billaah, khatamtu ‘alaa nafsii 
wa ‘alaa ahlii wa ‘alaa kulli syay-in a’thaaniihi rabbi bikhaatamillaahil manii’il-ladzii khatama bihi 
aqthaaras-samaawaati, wal ardh. Wa hasbunallaahu wa ni’mal wakiil, ni’mal mawlaa wa ni’man-
nashiir, walaa hawla walaa quwwata illaa billaahil-‘aliyyil-‘azhiim, wa shallallaahu ‘alaa sayyidinaa 
muhammadin wa ‘alaa ‘alihi wa shahbihi ajma’in, wa sallama tasliiman katsiiran wal hamdulillaahi 
rabbil ‘aalamiin.
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan rahasia Dzat-Mu dan Dzat rahasia-Mu, yang Dia
itu adalah Engkau dan Engkau adalah Dia. Aku melindungi diriku dengan cahaya Allah, dengan cahaya arasy
Allah, dengan semua nama milik Allah, dari musuhku dan musuh Allah, dengan seratus ribu ucapan Laa hawla
walaa quwwata illaa billaah. Aku melindungi diriku, keluargaku, dan segala sesuatu yang Tuhanku berikan
kepadaku dengan perlindungan Allah yang kokoh, yang dengannya Dia lindungi seluruh penjuru langit dan bumi.
Dan cukuplah Allah bagi kami, Dia sebaik-baik yang mengurus, sebaik-baik pemimpin dan sebaik-baik penolong.
Dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah, Yang  Maha Tinggi lagi Maha Agung . Semoga Allah
melimpahkan rahmat kepada junjungan kami, Nabi Muhammad, dan kepada keluarga dan para sahabatnya, dan
semoga pula Dia memberikan kesejahteraan yang banyak, dan segala puji adalah milik Allah, Tuhan sekalian alam.



DOA SETELAH MEMBACA AMALAN SURAT AL-FATIHAH
Berikut adalah doa yang dibaca setelah setiap selesai shalat fardhu. Surah Al-Fatihah itu dalam sehari-
semalam dibaca seratus kali. Perinciannya sebagai berikut : Setelah shalat Subuh membaca Al-Fatihah 30 kali, 
setelah shalat Zhuhur 25 kali, setelah shalat Ashar 20 kali, setelah maghrib 15 kali, dan setelah shalat
Isya 10 kali. Di setiap waktu itu setelah selesai membaca Al- Fatihah membaca doa ini tiga kali.
Barang siapa mengamalkannya secara rutin insya Allah akan mendapatkan manfaat-manfaat yang
luar biasa dan tidak disangka-sangka. Inilah doanya :

Bismillaahirrahmaanir-rahiim  

(Alhamdulillaahi rabbil-‘aalamiin) munawwiri abshaaril-‘aarifina binuuril-ma’rifati yaqiini, 
jaadzibi azimmati asraaril-muhaqqiqiina bijadzabaatil-qurbi wat-tamkiin, faatihi aqfaali qulubil-
muwahhidiin bifaatihatit-tawhiidi wal-fathil-mubiin, alladzii ahsana kulla syay-in khalaqahu 
wabada-a khalqal-insaani min thiinin tsumma ja’ala naslahu min sulaalatin min maa’in mahiin.
(Arrahmaanir-rahiim) al-‘aziizil-hakiimil-‘aliyyil-‘azhiimil-awwalil-qadiim, khaathaba muusaal-
kalima bikhithaabit-takriimi wa syarrafa nabiyyahul-kariima binnashshisy-syariif, walaqad 
aataynaaka sab’an minal-matsaanii wal-quraanal ‘azhiim.
(Maaliki yawmid-diin) qaahiril-jabaabirati wal-mutamarridiina wa mubiidith-thughaatil jaahidiina 
dza likumullaahu rabbukum fatabaarakallaahu ahsanul-khaaliqiin, fayaaman laa syariika lahu 
walaa mu’in.
(iyyaaka na’budu wa iyyaaka nasta’iin) mu’tarifiina bil-ajzi ‘anil-qiyaami wa hiya ramiim.
(ihdinash-shiraathal-mustaqiim) shiraatha ahlil-ikhlaashi wat-tasliim
(Shiraathal-ladziina an’amta ‘alayhim) shiraathal-ladziina tasallaw bil-hudaa wafarihuu bimaa 
ladayhim.
(Ghayril maghdhuubi ‘alayhim) habnallaahumma minka mawajibash-shiddiiqiin.  Wa asyhidnaa 
masyaahidasy-syuhadaa’i walaa taj’alnaa dhalliina walaa mudhilliina walaa tahsyurnaa fii 
zumratizh-zhaalimiina (Waladh-dhaalliin) (Aamiin)
Allaahumma bihaqqi haadzihil-faatihati, iftah lanaa fathan qariiba, allaahumma bihaqqi 
haadzihisysyaafiyati isyfinaa min kulli aafatin wa ‘aahatin fiddunyaa wal aakhirah. Allaahumma 
bihaqqi haadzihil-kaafiyati, ikfinaa maa ahammanaa min amrid-dunyaa wal aakhirati wa ajri 
ta’alluqaatii wa ta’alluqaati ‘ibaadikal-mu’miniina ‘alaa ajalli ‘awaa’idika wasyfa’lanaa binafsika 
‘inda nafsika fid-dunyaa wal-akhirah, idz laa arhama binaa wabihim minka yaa arhamar-raahimiin.
Wa shallallaahu ‘ala sayyidinaa muhammadin wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa sallama tasliiman 
katsiiran ilaa yawmid-diin wal hamdu lillaahi rabbil-‘aalamiin.

“ Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
(Segala Puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam) Yang menyinari pandangan orang-orang arif dengan cahaya
ma’rifah dan keyakinan, Yang menarik kendali rahasia-rahasia para muhaqqiq (orang yang tahu detail-detail
sesuatu) dengan tarikan-tarikan kedekatan dan kekokohan, pembuka kunci-kunci hati orang-orang yang
bertauhid dengan pembuka tauhid dan kemenangan yang nyata, yang membaguskan segala sesuatu yang
diciptakan-Nya, dan memulai penciptaan manusia (yakni penciptaan Adam) dari tanah kemudian menjadikan
keturunannya dari suatu saripati air yang hina.
(Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang) Yang Maha Mulia, Maha Bijaksana, Maha Tinggi, Yang Maha
Agung, Maha Awal, Maha Terdahulu. Dia berbicara kepada Nabi Musa, Kalamullah, dengan pembicaraan
yang memuliakan. Dan Dia memuliakan Nabi-Nya yang mulia (Nabi Muhammad) dengan nash yang mulia,
Wa laqad aataynaaka sab’an minal matsaani wal-qur’anal-‘azhiim (Dan sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Qur’an yang agung).
(Yang menguasai hari kemudian) Yang mengalahkan orang-orang yang zhalim dan mereka yang sewenang-
wenang, Yang membinasakan para thaghut yang ingkar. Itulah Allah, Tuhan kalian. Maha Suci Allah, sebaik-
baik yang menciptakan. Wahai Dzat Yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan tidak pula ada penolong.
(Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan) Dengan mengakui
kelemahan dalam melaksanakan hak-Mu di setiap waktu dan saat. Wahai Dzat Yang Membangkitkan angin
yang diam, wahai Dzat Yang menghidupkan tulang-belulang yang dalam keadaan hancur.
(Tunjukilah kami jalan yang lurus) Jalan orang-orang yang memiliki keikhlasan dan penyerahan diri.
(Yakni jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat kepada mereka) Jalan orang-orang yang terhibur
dengan petunjuk dan merasa gembira dengan apa yang ada pada mereka.
(Bukan jalan orang-orang yang dimurkai) Berikanlah kepada kami, Ya Allah, dorongan-dorongan kaum
shiddiqin, dan perlihatkanlah kepada kami pemandangan-pemandangan para syuhada, dan janganlah
Engkau jadikan kami tergolong orang-orang yang sesat dan jangan pula tergolong orang-orang yang
menyesatkan, dan janganlah Engkau kumpulkan kami dalam golongan orang-orang yang zhalim.
(Dan bukan pula orang-orang yang sesat) (Aamiin).
Ya Allah, dengan kemuliaan Al-Fatihah (pembuka) ini, bukakanlah bagi kami keterbukaan (kemenangan)
 yang dekat. Ya Allah, dengan kemuliaan penyembuh ini, sembuhkanlah kami dari segala penyakit dan
gangguan kesehatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, dengan kemuliaan surah yang mencukupi ini, cukupilah
kami dalam segala yang penting bagi kami dari urusan dunia dan akhirat. Dan jadikanlah kecintaan kami
dan kecintaan hamba-hamba-Mu yang mukmin adalah pada manfaat dari-Mu yang terbesar. Berilah
kami pertolongan dengan diri-Mu pada diri-Mu di dunia dan akhirat, karena tidak ada yang lebih
penyayang terhadap kami dan terhadap mereka daripada Engkau, wahai Yang Paling Penyayang di
antara yang penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kami, Nabi Muhammad,
serta keluarga dan para sahabatnya sebanyak-banyaknya sampai hari akhir kelak, dan segala puji
milik Allah, Tuhan sekalian alam.”

Sunday 8 September 2013

BAGAIMANA UNTUK MENJADIKAN RAWATAN TERHADAP PESAKIT @ DIRI SENDIRI LEBIH BERKESAN DENGAN AYAT2 QURAN, ZIKIR & DOA

Ramai pesakit bersungut, MENGAPA pesakit masih belum sembuh2 walaupun sudah sekian lama berubat, malah rawatan dengan Perawat-Perawat @ Pusat-Pusat Rawatan yg Masyhur sekalipun.. Malah sesetengah Pesakit lain boleh pula sembuh dalam masa yang singkat walaupun penyakitnya lebih berat dari kita sendiri yg sudah lama menderita menanggung kesakitan. Ada juga pesakit yang mengakhiri hayatnya dalam keadaan sakit. Di sini ana akan cuba kongsikan beberapa kaedah ringkas hasil perkongsian ilmu dengan beberapa pesakit ana & sahabat2 Perawat yg bersama, pesakit yang selama ini tenat, tetapi Alhamdulillah telah diberi kesembuhan sepenuhnya oleh Allah :

1) Kaji Kehidupan Sebenar Pesakit sebelum dia DiTimpa Kesakitan/Sihir
    a- Berniaga tetapi TIDAK PERNAH mengeluarkan ZAKAT, jika diKELUARkan namun TIDAK
         MENCUKUPI.
    b- Tidak TAAT pada Emak, sentiasa mengutamakan Isteri & Anak2 sehingga Emak berkecil HATI tanpa
         beliau meminta kemaafan & keredhaan dari emak. Hakikatnya, tanggung-jawab seorang LELAKI itu
         terhadap EMAKnya x akan terputus selama-lamanya walaupun dia mempunyai Isteri, Anak2,
         Perniagaan yg Berjaya DLL kemewahan di atas muka bumi Allah ini.
    c- Sikap seorang ISTERI terhadap SUAMInya.. sejauh mana Peranan & Ketaatan terhadap suaminya
    d- Sikap & Tanggung-Jawab seorang SUAMI terhadap ISTERI & Semua Tanggungannya. Keperluan
        Batin yakni Agama yang semakin diabaikan.
    e- Sumber REZEKI itu sendiri, dari MANA, ke MANA dilaburkan, kebanyakkannya x ambil peduli
    f- Mempunyai HUTANG, tetapi x BERUSAHA untuk menyelesaikannya
    g- Hasad dalam hati terhadap kesenangan & kemewahan jiran2 @ orang lain
    h- Beranggapan BURUK terhadap alim ulamak, ahli2 zikir yg Matsur, jemaah yg selalu berulang-alik ke
        Masjid.
    g- Mandi Wajib @ Wudhu yg TIDAK SEMPURNA
    h- TIDAK mengamalkan DOA2 ASAS dalam kehidupan seperti yang diAJAR RASULULLAH
         (S.A.W) spt Doa Makan, Tidur & Bangun, Masuk Tandas, Sebelum Bersetubuh, Keluar dari Rumah,
         Semasa Beremosi spt Marah, Terkejut, Sedih & Gembira, DLL doa lagi
    i- TIDAK menjaga KEBERSIHAN diri, kuku yg tidak TERJAGA & TERURUS, tidak BERSIH, kuku
        yang kotor akan menjadi pintu MASUK untuk JIN/Syaitan ke dalam badan kita, seterusnya
        merosakkan anggota, fikiran & hati kt
    j- BerBANGGA dengan sikap Pemarah dalam diri & x BERUSAHA untuk menjadi lebih penyabar

2) TAHAP RAWATAN YANG PERLU DIPRAKTIKKAN
    A- Rawat ANGGOTA
         Iaitu anggota yg menderita sakit JANGAN dibiarkan berterusan mengalami kesakitan seperti Sakit
         Sendi, Sakit Kepala, Pinggang, Belikat. Rajin bersenam supaya perjalanan Darah sentiasa lancar. Bagi
         urat-urat yang mengalami kesakitan @ gangguan angin dalam badan, anda kena ikhtiarkan melalui  
         terapi @ urutan dengan yang pakar dalam urut. Angin-angin yang tersekat dalam darah, darah2 yg
         membeku akibat kurang lancar pengaliran, sel2 darah putih yang tidak terkawal, minyak2 & kolesterol
         berlebihan akan MENJADI sumber makanan yang LAZAT & DIGEMARI oleh golongan2 JIN yang
         sedang berada dalam TUBUH kita. Kurangkan makanan2 yang BERLEMAK, BERMINYAK &
         BERANGIN seperti Susu Soya, Ayam terutama bahagian kulit, daging2 yg banyak lemak, telur, jenis2
         kacang, nangka, pulut DLL pemakanan yang menghasilkan Lemak, Minyak & Angin. ANGGOTA
         badan yang dibiarkan dalam kesakitan, Lama2 akan menjadi Ibu-Pejabat & Pusat Pengurusan JIN2
         yang berada dalam badan yg berjalan melalui salur darah kita.Sia2 lah RAWATAN mengeluarkan
         JIN  jika DALAM MASA YANG SAMA, MAKANAN & SUMBER PROTEIN untuk JIN
         berlambak-lambak dalam BADAN KITA.

   B- Rawat PEMIKIRAN
        i) Ubah Pemikiran kita bahawa Semua Penyakit yang MENIMPA kita, adalah melalui kesilapan diri
           kita sendiri. BUKAN melalui KEJAHATAN orang lain. ALLAH memberi kita Kesakitan adalah
           melalui SifatNya YANG MAHA ADIL. TANPA SAKIT, kita LUPA pada ALLAH, semakin
           mengejar KEDUNIAAN, X Solat, X Zikir, X Baca Quran & Mempunyai Masalah2 yang spt yang
           telah diterangkan dalam Rangkap yang di atas.
       ii) Sentiasa BERFIKIRAN negetif terhadap kekuatan diri sendiri, fikirkan diri ini sebagai KHALIFAH
          & Makhluk JIN itu adalah lebih rendah martabatnya dari kita. Segala kesakitan yang kita alami adalah
          SEPENUHNYA dari ALLAH, bukan disebabkan JIN @ Makhluk
      iii) Tenangkan fikiran & Jalani kehidupan @ kesakitan dengan penuh CERIA & TANPA STRESS

  C- Rawat HATI
       i) UBAH sikap anda selama ini yang Pemarah, Mudah Beremosi dengan sikap yang Penyabar &
          Menyenangkan orang lain.
      ii) Amalkan doa2 & Zikir Harian yang Tsabit dari Rasulullah. HAKIKATnya, semua doa & zikir yang
          Rasulullah ajar, akan lebih memberi kesan kepada HATI dahulu, ke Fikiran Barulah ke Anggota.
         Agak makan masa KESANnya TETAPI memberi KESAN yang BERPANJANGAN. Istiqamah dgn
         Amalan2 Rasulullah walaupun SEDIKIT. Amalan yang ISTIQAMAH adalah lebih DEKAT dgn
         ALLAH.
     iii) Baca Al-Quran dgn kita faham Maknanya. Rujuk Terjemahan jika kita x FAHAM bahasa ARAB.
         Amalkan baca 1 muka setiap hari sudah memadai asalkan kita dapat ISTIQAMAH dalam
         membacanya. Al-Quran yg dibaca dengan kita Faham Maknanya AKAN lebih menyembuhkan HATI
         KITA.
     iv) Berusaha untuk KHUSYUK dalam SOLAT. Lembutkan HATI kita dengan menangis di hadapan
         Allah (yakni ketika Solat). HATI yang lembut akan memudahkan IMAN & NUR meresap dalam
         HATI. sudah TENTU HATI yang BERCAHAYA akan lebih menjauhkan kita dari mudah dipengaruhi
         oleh Jin & Syaitan.

Moga-moga perkongsian yang serba sedikit ini dapat memberi manfaat untuk Perawat2 & Pesakit2. Dari Allah penyakit itu datang, Kepada Allah jualah Penyakit/Kesulitan itu kembali.......

Sunday 17 March 2013

SAKA & ANTARA KAEDAH RAWATAN YANG BIASA DIGUNAKAN

Iaitu ada beberapa cara yang boleh
menghentikan gangguan saka...

1.BUNUH JIN SAKA...

Iaitu jin itu dibunuh (biasanya oleh
perawat)...

2.JIN ITU DIKURUNG...

Iaitu jin itu ditangkap dan dikurung
dimana-mana dengan syarat ia terkurung
sepenuhnya...bukan sebahagian sahaja
atau dikurung terlepas-lepas...

3.JIN ITU DIPINDAH TUAN...

Iaitu jin itu dipindahkan kepada orang
lain samada secara sedar atau tak sedar
atau secara sukarela...atau terpaksa...

Contohnya kepada ahli keluarga...rakan
...anak murid...pesakit...perawat dan
sebagainya...

4.JIN ITU MEMILIH TUAN BARU...

Tak mustahil kalau jin itu serik tinggal
dalam badan seseorang...maka ia akan
mencari 'rumah baru' terutama orang yang
sekeluarga dengan tuannya...

5.DIIKAT KEPADA MANA-MANA BENDA...

Contohnya jin tangkal...atau keris...atau
sbagainya ditarik kepada benda tersebut...
kemudian diikat agar tak dapat keluar atau
tak dapat bebas...

Jin juga boleh diikat kepada benda-benda 
lain seperti pokok-pokok...batu-batu hutan
atau tiang-tiang rumah dan sebagainya...

Iaitu bergantung kepada bidang perawat.

...DAN SEBAGAINYA...

HALANGAN....

Iaitu perkara-perkara yang menjadi halangan
kepada penyelesaian cara di atas...

1.BUKAN SEMUA JIN DAPAT DIBUNUH...

Atau ditangkap..atau diikat dan sebagainya
kerana secara umum...jin saka adalah jenis
jin ilmu...iaitu ia ada sihir dan kepandaian
tersendiri...

Malah dalam 'kampung mereka' daripada ribuan 
atau lebih jin...mungkin ia adalah antara 
yang paling handal...sementara sebahagian yang 
lain baru nampak kelibat manusia saja dah lari
lintang pukang...

2.'BERPENGALAMAN LUAS'...

Biasanya jin saka juga adalah jin yang sangat 
berpengalaman malah mungkin dah bertahun...
beratus tahun atau ribuan tahun bercampur 
dengan manusia...maka pastinya pengalaman itu
akan ia pergunakan sepenuhnya dalam menguasai
mangsa juga menentang perawat...

3.KEKUATANNYA MELEBIHI DARIPADA KEKUATAN ASAL.

Iaitu apabila seekor jin itu berdamping dengan
manusia...maka ia akan lebih kuat atau ganas
daripada sebelumnya...

Dan ia adalah satu daripada kelebihan jin saka
iaitu dapat menumpang kekuatan roh manusia se-
cara langsung atau tak langsung...(sama seperti
jin sihir)...

4.SAKA LEBIH DARIPADA SATU...

Mungkin pada seseorang itu ada lebih daripada se-
ekor saka...mungkin ada dua tiga ekor...atau 
mungkin 'berekor-ekor'...

Kalau setakat 'sekor dua' dibunuh...masih ada yang
lain...

Malah kalau anda keluar rumah nak berawat...satu
dua ekor itu akan ikut...tapi yang lainnya mungkin
duduk dirumah saja...
itu pun yang ikut pun...mungkin baru berdepan rumah
atau perawat...belum sempat baca apa lagi...dah 
'cabut lari' menyelamatkan diri...

Kalau dipanggil pun...tak ada jaminan semuanya akan
dapat ditarik...malah yang ada ada dalam badan pun
belum tentu 'memunculkan' diri...kadang-kadang ia
akan terus bersembunyi dalam badan...

Ada kisahnya...perawat berjaya membunuh seekor saka
yang tinggal dalam badannya...
seminggu kemudian didapati ada beribu ekor jin lagi
yang menempati segenap tubuhnya...

Dan ada kisah lain...bukan saja jin saka telah ber-
anak pinak...malah telah berkampung dalam dada se-
orang budak lelaki...

Dan sebagainya...

Kesimpulannya...secara umum setiap orang yang di-
dampingi jin saka...biasanya memerlukan rawatan...
dan sebaik-baiknya juga perlu kepada amalan pem-
benteng diri sendiri...

Wallohu a'lam.

Wednesday 10 October 2012

AMALAN ASAS UTK MENGELAKKAN SIHIR / GANGGUAN JIN


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.
Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.
Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.
Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.
Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.
Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.