Sunday, 15 April 2012

DOKTOR KATA X ADA PENYAKIT, BOMOH KATA BUATAN ORANG....

PENGALAMAN SEORANG SAHABAT PERAWAT :

antara EMJAY(MJ-Perawat) & MAT (Pesakit)

Hamba Allah ini saya namakan Mat sempat menceritakan masalahnya melalui email sebelum pertemuan ini. Berat juga masalah Mat ini sudahlah kesihatan terganggu sehingga terpaksa berhenti kerja. Mula berniaga namun bagai orang kata berniaga bulu kasap, hujung dapat pangkal lesap. Mencari pekerjaan baru masih belum dapat.

Di dalam pertemuan tersebut, Mat menceritakan masalah yang dihadapinya. Dadanya pada bahagian kedudukan jantung di rasakan sakit. Pada waktu sakit tersebut kadang-kadang dapat dilihat bahagian dada tersebut turun naik dengan laju. Apa lagi Mat terus ke klinik membuat pemeriksaan kesihatannya. Setelah selesai mengadu masalah dan melakukan pemeriksaan termasuk ujian electrocardiogram (ECG or EKG), doktor pun berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”

Baliklah Mat ke rumah dengan seribu persoalan. Doktor kata sihat tetapi perkara yang dialami adalah serius. Pening Mat memikirkan perkara ini.

Beberapa bulan selepas itu, Mat sakit dada lagi dan dapat dirasakan jantungnya mengepam dengan laju. Peluh keluar di dahi. Nafas dirasakan sesak. Terasa macam nak mati. Mat pergi lagi ke klinik membuat pemeriksaan termasuk ujian electrocardiogram (ECG or EKG). Sekali lagi doktor berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”. Mat sangat sedar bahawa beliau tidak sihat kerana apa yang dilaluinya adalah masalah serius namun doktor mengatakan beliau sihat. Adakah sakit yang dialaminya ini sekadar mainan perasaan?

Beberapa bulan selepas kes kedua berlaku, kes yang sama berulang lagi. Dan selepas berubah doktor, hasilnya tetap sama. Doktor pun berkata “MAT, ANDA SIHAT DAN TIADA SEBARANG MASALAH!”

Tidak puas hati dengan tiga keputusan analisa dari doktor, Mat membuat pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui masalah sebenar yang sedang dialaminya. Pemeriksaan oleh doktor kali ini luar biasa. Doktor memasang electrode pada anggota tubuhnya namun kali ini electrode ini perlu kekal di tubuh Mat untuk tempuh 24 jam. Selepas selesai dipasang berbagai electrode dan perlatan lain, Mat disuruh balik dan datang semula selepas 24 jam untuk ditanggalkan electrode dan data yang terkumpul bakal dianalisa oleh doktor. Selama 24 jam ini Mat tidak boleh mandi.

Keesokan hari selepas 24 jam menjalani pengumpulan maklumat, Mat datang semula menemui doktor untuk memperoleh hasil kajian. Setelah dianalisis doktor pun berkata “MAT, JANTUNG ANDA SIHAT 100% DAN KALAU SDR NAK KAHWIN SATU LAGI PUN BOLEH”. Keputusan pemeriksaan doktor kali ini lebih menyakitkan hati. Mat memang tahu dirinya ada menghidapi masalah kesihatan yang berat namun doktor masih mengatakan dirinya tiada sebarang masalah.

Puas berusaha dengan doktor tetapi tidak menghasilkan keputusan yang memuaskan mendorong Mat berusaha secara tradisional dan bermulalah episod syirik. Setengah pengamal perubatan mengaku melakukan secara Islam namun tetap memberikan tangkal termasuk garam dan lada hitam. Ada antara pengamal perubatan tradisional ini mengatakan bahawa “MAT, ENGKAU INI DAH KENA PERBUATAN ORANG ........”. Memang begitulah kebiasaannya apabila kita menemui bomoh. Apa segala penyakit pun yang dialami hatta batuk, bomoh akan berkata “ini adalah perbuatan orang”. Bomoh adalah syaitan dan syaitan manusia ini berusaha memporak-perandakan manusia dengan membuat fitnah untuk mengapi-apikan sesama manusia.

Namun setelah berusaha menemui beberapa “BOMOH”, kes dadanya masih berulang. Akhirnya Allah meredhakan Mat untuk bertemu dengan saya. Setelah menceritakan sejarah masalah dadanya, saya mula menyoal Mat berkenaan tabiaat permakanannya. Alhamdulillah setelah puas menyoal, saya memperolehi jawapan yang dikehendaki.

Mat sememangnya dari kecil amat gemar makan margarine. Kalau makan pisang, pisang tersebut akan terlebih dahulu dibelah dua dan dimasukkan margarine ditengah-tengahnya. Pada diri Mat, pisang campur margarine ini amat sedap. Makan roti dengan margarine dan makan apa pun dengan margarine. Tabiaat ini berterusan sehingga waktu Mat bertemu saya.

Apabila Mat masuk kerja di tempat kerja yang lalu, tempat kerjanya menyediakan minuman dengan lengkap disediakan air panas, teh, kopi dan krimer. Apa lagi barang percuma, apabila ada kelapangan Mat akan membuat air teh atau kopi yang dicampur krimer. Beberapa minggu setelah memulakan tabiaat tambahan mengambil krimer inilah Mat telah diserang sakit dada di bahagian dada sebelah kiri. Tabiaat ini berjalan berterusan, margarine di rumah dan krimer ditempat kerja.

Seterusnya setelah puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Mat, saya pun mula memberikan hasil diagnosa saya:
Mat telah mengalami masalah jantung disebabkan permakanan yang merosak iaitu margarine dan krimer. Masalah jantung ini belum sampai ke tahap kronik. Apabila mencapai tahap kronik insyaAllah doktor dapat menemuinya namun pada tahap ini adalah sukar untuk doktor mengenalpastinya. Apabila doktor tidak dapat mengenalpastinya maka mereka mengatakan jantung tidak bermasaalah sedangkan hakikatnya ialah jantung Mat sudah separuh jalan bermasalah atau sudah mencapai tahap 50%.

Untuk merawati masalah jantung Mat, saya menasihatinya seperti berikut:
Elakkan makan margarine, krimer dan segala makanan yang mengandungi krimer dan margarine.
Tukar minyak masak di rumah kepada minyak jagung
Elakkan makan makanan bergoreng, jika teringin gunakan minyak jagung.
Elakkan makanan bersantan
Elakkan makan pisang
Elakkan mandi selepas makan
Elakkan makan ais krim, burger, naget, sosej dan makanan segera / rapu lain.
Elakkan makan kentang goreng terutama sekali French Fries sama ada yang dibeli di Mc Donald atau yang dibeli beku. Potato chip termasuk Pringles amat dilarang sama sekali
Elakkan kacang goreng bergaram
Elakkan kulit ayam, conet ayam
Elakkan makan lemak daging (tetel). Lemak daging pada bahagian tengah satay daging juga perlu dielakkan. Setiap kali membuat sup tulang atau sup daging, pastikan minyak dilapisan atas sup tersebut dibuang dengan menceduknya.
Kurangkan atau hadkan pengambilan daging. Tambahkan diet ikan.
Elakkan nasi minyak dan nasi beriani kerana mengandungi margarine. Vanaspati juga dihasilkan dari minyak kelapa sawit.
Elakkan pulut, ubi, keladi, keledek
Makan sayur-sayuran terutama sayuran pahit termasuk pegaga, peria dan sebagainya dan jadikan kemestian setiap kali makan.
Minum air misai kucing sekali sehari
Makan kapsul habbatussauda mengikut aturannya.
Ambil segenggam kacang hijau, dibasuh, direndam kira-kira 5 – 7 minit lalu direbus tanpa garam sehingga masak dan bukan sehingga lembut dan pecah kulitnya. Buang airnya dan makanlah setiap hari untuk kira-kira 3 bulan. Setelah tempuh ini boleh kurangkan kekerapan memakannya.
Masukkan halba kira-kira kurang dari ¼ sudu teh untuk kira-kira keluarga yang sederhana – 4 dewasa 2 kanak-kanak pada setiap memasak beras.
Ambil buah mengkudu yang sederhana besar yang sudah masak, basuh dan belah kepada 4 bahagian. Ambil satu bahagian dan masukkan ke dalam blender. Minumlah waktu pagi. Ulang satu bahagian lagi waktu malam. Rehat satu hari pada hari kedua dan ulang perkara yang sama pada hari ketiga. Ulangi perkara yang sama iaitu satu hari makan dan satu hari rehat. Selepas 3 minggu lakukan perkara yang sama dengan 2 hari rehat (berbanding 1 hari rehat dahulu). Selepas dua bulan, bolehlah minum seminggu sekali.


Semalam pula seorang suri rumah menelefon untuk menceritakan masalah baru suaminya. Suaminya tahun lepas mengalami masalah berkaitan buah pinggang yang agak serius. Alhamdulillah tanda / simptom gangguan masalah buah pinggang tidak ada lagi namun kini menghadapi masalah baru iaitu masalah mirip Mat di atas. Dadanya berdegup pantas, sakit dada, sesak nafas dan pada waktu serangan ini tapak tangak dan tapak kaki berpeluh basah. Suaminya sudah menemui doktor namun doktor mengesahkan tiada sebarang masalah berkaitan jantung. Alhamdulillah suami suri rumah ini terus berhubung dengan saya dan minta izin untuk datang ke rumah saya.

Setelah sesi soal jawab bersama suami suri rumah ini, punca masalah jantungnya alhamdulillah telah dikenalpasti iaitu disebabkan pengambilan daging yang mendadak meningkat akibat musim korban Eidul Adha pada awal Desember lalu. Di rumah banyak makan daging dan tulang korban lembu manakala di tempat kerja kerap makan daging dengan cendawan. Akibat pengambilan daging yang mendadak kerap dalam tempuh sebulan, jantung hamba Allah ini sudah bermasalah. Minyak dan lemak dari daging lembu memang merbahaya untuk jantung. Itulah sebabnya kalau mengikut sunnah Nabi Muhammad, beliau kerap makan daging yang berpanggang. Apabila dipanggang, minyak dan lemak dari daging akan keluar dan ini dapat dielakkan dari dimakan manusia dan menimbulkan masaalah kesihatan. Namun apa yang menyedihkan, orang putih kafir banyak mengamalkan amalan sunnah ini dengan makan daging STEAK (panggang) yang menyihatkan manakala orang Melayu sudahlah tidak dibuang minyak dan lemak daging, ditambahkan pula lemak minyak dari santan kelapa – amat tidak sihat sekali.

Arwah guru saya mengajarkan apabila membeli daging, lakukan perkara berikut:

Basuh daging (jangan dipotong)
Masukkan ke dalam oven (letrik / gas) dan letakkan pada jaring besi.
Pastikan dulang minyak dan segala lelehan dari daging dipasang
Panggang pada suhu 170 -200 Celcius selama kira-kira 1jam 30 minit
Setelah sejuk simpan di dalam peti sejuk beku
Apabila nak masak daging seperti masak kicap, mee hoon dsbnya, ambil daging yang sudah dipanggang ini, defrost dalam microwave, dipotong dan masaklah. Bakinya disimpan semula ke dalam peti sejuk
Melalui kaedah ini, segala minyak / lemak daging yang tidak diperlukan oleh tubuh dapat disingkirkan

Doktor tidak wajar disalahkan dalam isu ini kerana ilmu mereka belum sampai ke tahap sebagaimana diharapkan oleh pesakit. Bomoh pula memang sentiasa berharap lebih ramai mereka yang bermasalah datang mengunjungi mereka agar dapat mereka sesatkan dan menyertai mereka masuk neraka kerana ini memang sudah menjadi ikrar mereka kepada Allah. Terdapat pula perawat yang meyakini mereka menjalankan rawatan “secara Islam” namun hakikatnya sesat dan memberikan tangkal kepada pesakit. Mereka dari golongan ini juga kerap mengatakan “awak sudah terkena perbuatan sihir” . Umat yang lemah akan mudah mempercayai kata-kata bomoh seperti ini namun kepercayaan kepada bomoh tidak membawa kemana-mana, masalah penyakit tidak juga berubah malahan mungkin semakin parah. Semuanya sekadar menjanjikan tiket untuk masuk ke neraka.

Sekian wassalam wallahua'lam

MANZIL : Amalan Untuk Melemahkan Jin & Sihir

Diriwayatkan oleh Ubay bin Ka’ab radiallahu `anhu: Saya duduk di sisi Nabi sallallahu `alaihi wasallam, datang seorang lelaki Arab lalu berkata: “Wahai Nabi Allah, sesungguhnya aku dilanda satu musibah.” Bertanya Nabi: “Apakah musibah tersebut ?” Dia berkata: “Sakitlamamun (sejenis sakit yang mengganggu kesiuman seseorang – HF) Berkata Nabi: “Datanglah (menghampiri) aku.”

Lalu baginda meletakkan dia di antara kedua tangannya dan berdoalah Nabi s.a.w. dengan membaca:

[1] al-Fatiha

[2] 4 ayat pertama surah al-Baqarah.

[3] ayat 163 & 164 surah al-Baqarah (wa ila hukum ilahuw-wahidun………….).

[4] Ayat al-Kursi (al-Baqarah ayat 255).

[5] 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.

[6] ayat 18 surah `Ali Imran (Syahidallahu annahu la ilaha illa huwa………….).

[7] ayat 54 surah al-A’raaf (Inna Rabbakumullahullazi……………).

[8] ayat 116-118 surah al-Mukminun (Fata’alallah al-Malikulhaq…………..).

[9] ayat 3 surah al-Jinn (Wa annahu Ta`ala jaddu………..).

[10] 10 ayat pertama surah al-Saffat.

[11] 3 ayat terakhir surah al-Hasyr.

[12] 3 surah terakhir al-Qur’an (al-Ikhlas, al-Falaq & al-Nas).

Berkata Ubay bin Ka’ab: Setelah itu bangunlah lelaki tersebut seolah-olah dia tidak mengalami apa-apa masalah langsung.

(Hadis Riwayat : Imam Ahmad, Al-Hakim & Imam Tarmizi - Sanadnya Dhaif)

Sedikit Keterangan Berkenaan Hadis : Doa Manzil berasal dari sebuah hadis yang dinukil oleh Muhammad Yusuf al-Kandhalawi di dalam kitabnya: “Syarah Hayah al-Sohabah” (tahqiq Muhammad Ilyas al-Barih Bankawi; 4 jld, Dar Ibn Kathir, Damsyik 2000), jld 4, ms 84, (Bab Bagaimana Nabi s.a.w. dan para sahabat bermunajat kepada Allah dengan berdoa).

Shaikh Muhammad Yusuf menukil daripada kitab al-Kanzi, jld 1, ms 212, di mana doa tersebut dikatakan dikeluarkan oleh Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmizi.

Berkata Syu`aib al-Arana’uth dalam semakan beliau ke atas Musnad Ahmad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld 35, ms 106, isnadnya dha’if kerana dha’ifnya salah perawinya yang bernama Abi Janab, nama sebenarnya Yahya bin Abi Hayah al-Kalbi. Hadis ini dikeluarkan juga oleh al-Hakim, Abi Laila al-Anshari, al-Thabarani, Abu Ya’la dan Ibn al-Sunni, semuanya melalui jalan Abi Janab.

JENIS SANTAU, KESAN & TANDA-TANDA SANTAU

Apakah Itu Santau?

Racun santau ialah sejenis sihir iaitu racun yang diberi kepada mangsa melalui zahir atau melalui angin iaitu melalui pemujaan syaitan atau jin. Mangsa yang kena santau selalu dibinasakan dengan perlahan-lahan sama ada supaya dia menderita berpanjangan yang berakhir dengan kematian ataupun menemui ajalnya dalam jangka masa tertentu.

Ada tiga jenis bahan utama yang selalu digunakan untuk menyediakan racun santau. Bahan-bahan ini terdiri dari benda-benda gatal (miang), bisa dan pedih.

Bahan-Bahan Yang Digunakan:

  1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.
  2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Dalam pengalaman penulis mengubati pesakit racun santau, penulis telah bertemu dengan pesakit yang disantau dengan menggunakan bahan-bahan lain seperti bangkai tikus dan juga tuala wanita (sanitary pad) yang telah digunakan.

Santau hikmat atau lebih dikenali sebagai ‘santau angin’ atau ‘santau seru’, santau ini akan dihantar kepada mangsanya dengan menggunakan bantuan syaitan atau jin. Santau angin boleh dihantar ke rumah atau ke tempat kediaman menyebabkan ahli atau sebahagian mereka yang mendiami rumah tersebut terkena santau.

Jenis-Jenis Santau:

Terdapat 2 jenis santau -

1. Santau yang disediakan dan diberi makan kepada mangsa secara hakikat atau zahir. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan racun santau yang diadunkan. Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa.

2. Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu yang menggunakan hikmat. Istilah hikmat di sini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan syaitan dan jin. Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis. Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu. Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula.

TANDA-TANDA TERKENA RACUN SANTAU:

Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat awal batuk disertai dengan pening kepala dan deman pagi dan petang. Batuk ini berlainan seperti batuk biasa. Ia merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak. Pesakit akan batuk pada masa-masa tertentu sahaja seperti antara pada pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi.

Pesakit juga akan merasa lesu dan deman, tidak boleh tidur malam, rasa gelisah, dan tidak berupaya berfikir seperti biasa. Kadangkala mangsa akan muntah darah. Darah yang keluar adalah akibat luka atau kerosakan mana-mana organ dalam badan dan akibat terkena bisa santau atau bahan-bahan yang melukakan.

Apabila batuk sampai ketahap serius, pesakit akan muntah darah bercampur dengan nanah. Pesakit kadang-kadang akan berasa seolah-olah ada rasa busuk keluar dari saluran tekaknya. Ini terjadi akibat luka yang telah menanah dari mana-mana organ dalam badan.

Sintom & Kesan Santau:

  1. Pesakit akan berasa lenguh sendi terutama di bahagian lutut dan pinggang.
  2. Berasa tidak selesa dan sering sakit kepala.
  3. Kurang selera makan menyebabkan badan kurus, pucat, letih dan kurang aktif.
  4. Kurang daya ingatan.
  5. Berubat tabiat asal menjadi pemarah atau panas baran.
  6. Sakit di bahagian tengkuk.
  7. Kesan lelah atau asthma.

Bahan-bahan racun santau ini akan bergerak sedikit demi sedikit menurut pergerakan darah dan berhenti di sendi-sendi. Kemudian ia akan terus bergerak ke hujung kaki dan tangan. Sekiranya kuku seseorang itu berwarnia hitam kebiru-biruan, ini menandakan pesakit itu sudah sampai ke peringkat yang teruk. Ketika ini pesakit selalu berasa kebas di kaki dan tangan.

Bahan santau yang diperbuat daripada bahan gatal, miang dan bisa itu apabila terkena pada organ-organ tertentu boleh menyebabkan bahagian-bahagian tersebut luka dan berkudis. Kuman-kuman yang ada pada kudis itu akan terus menyerang anggota badan lain sedikit demi sedikit. Kuman-kuman ini mungkin menyerang paru-paru, buah pinggang, dan anggota yang lain. Serangan pada bahagian ini menyebabkan pesakit mendapat sakit sampingan sepertu lelah, sakit buah pinggang, hati (liver) dan sebagainya.

Saturday, 14 April 2012

JENIS SIHIR & CARA MENGATASINYA SERTA AMALAN ASAS

RAWATAN ISLAM DI KELANTAN : NAHDATUL SYIFA

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
JENIS-JENIS SIHIR
- ( Cara Mengatasinya )

Cara Mengatasi Gejala Sihir

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang dinamakan Al-Mu’awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

Saka ( Keturunan )

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.

Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.

Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.

PENTING DIINGATKAN : Bahawa TIDAK semua SAKA adalah hasil dari peninggalan JIN2 akibat ilmu2 yang telah dipelajari oleh nenek-moyang kita. Kaum kerabat kita seperti Ibu,Bapa,Adik Beradik, Nenek Moyang kita yang ada masalah sihir @ gangguan jin2, yang mana Jin2 Sihir / Makhluk Halus tersebut tidak sempat dibuang @ dirawat, MAKA jin2 yang masih degil akibat terlalu taat kepada perintah tukang2 Sihir dulu, akan berterusan mengganggu keturunan pesakit. Akibatnya timbul fitnah terhadap arwah bahawa arwah adalah Pembela SAKA.. Nauzubillah...

Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.

1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )

Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….

Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagian tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabnnya

AYAT-AYAT MENGATASI GEJALA SIHIR

1.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 1-6 )

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِِ
الم | 1
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ | 2
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ | 3
والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ | 4
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ | 5
إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ | 6

Alif Lam Mim (1).

Kitab Al-Qur’an ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang (hendak) bertakwa (2).

Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan ( mengerjakan ) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka (3).

Dan orang beriman kepada Kitab “Al-Qur’an” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan kitab-kitab yang telah diturunkan dahulu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya) (4).

Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang yang berjaya (5).

Sesungguhnya orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman (6)

2.) Al-Baqarah ( Surah 2 : Ayat 255-257 )

اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىَ لاَ انفِصَامَ لَهَا وَاللّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ | 256

اللّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ | 257

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang tetap hidup, yang kekal selamanya mentadbirkan (sekalian makhluk). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di bumi. Tiada siapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luaskan Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya, dan Dialah yang Maha Tinggi, lagi Maha Besar (255).

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah) Allah Amat Mendengar, lagi amat Mengetahui (256).

Allah Pelindung (Yang Mengawal dan Menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah tahgut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya (257).

3.) Al-Baqarah ( Surah 4: Ayat 284-286 )

لِّلَّهِ ما فِي السَّمَاواتِ وَمَا فِي الأَرْضِ وَإِن تُبْدُواْ مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللّهُ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاء وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاء وَاللّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ | 284

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللّهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ | 285

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ | 286

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah) Allah Amat Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu (284).

Rasulullah telah beriman kepada apa yang yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya. Mereka berkata, “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi, “Kami dengar dan kami taat.(Kami pohonkan) keampunan wahai Tuhan kami! Dan kepadamu jualah tempat kembali” (285).

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terjadi olehNya. Ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan. Dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dan berkata), “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir”.(286)

Monday, 9 April 2012

AMALAN PEMBALIK : AMALAN UNTUK MERENDAHKN, MENYEKAT KEJAHATAN & MEMBALIK KEJAHATAN/SIHIR KEPADA PENGUPAH SIHIR & TUKANG SIHIR

AMALAN UNTUK MERENDAHKN, MENYEKAT KEJAHATAN & MEMBALIK KEJAHATAN/SIHIR KEPADA PENGUPAH SIHIR & TUKANG SIHIR (amalan PEMBALIK).... : AMALKAN Setiap Awal Waktu Dhuha (Slps Solat Dhuha & Solat Hajat) & Selepas Maghrib..

Ya Khaafidh (Wahai Tuhan Yg Merendahkn) 1000x
Ya Jabbar (Wahai Tuhan Yg Mengalahkn) 21x
Ya Qaadiir (Wahai Tuhan Yg Maha Kuat) 554x
Ya Qaabidh (Wahai Tuhan Yg Memegangi/Menggenggam) 1000x
Ya Hasiib (Wahai Tuhan Yg Maha Menghitung) 777x
Ya Qahhar (Wahai Tuhan Yg Maha Gagah) 306x
Ya Muntaqim (Wahai Tuhan Yg Maha Membalas) Sebanyak Mungkin Sampai Anda Merasakan Pihak Berkenaan Berada Di Hadapan Anda...

Kemudian Baca 7x (ayat 18, Surah Al-Baqarah) smbil Meniatkan Rosak/Musnah Sekalian Anggota & Sendi Musuh Terutama Telinga, Mulut & Mata Juga Fikiran Musuh.. Hembus ke arah hadapan anda..

Baca Ayat 249 : Surah Al-Baqarah, Ayat 17 : surah Al-Anfal, ayat 23 & 65 : surah Al-Maidah, ayat 111 : surah Taha, ayat 8-9 : surah Muhammad, surah An-Nasyr & Surah Al-Fiil.. Niat Memulangkan Semua Penyakit Anda & Memporak-Perandakan Musuh Iaitu Penyihir & Pengupah Sihir... Hembus Depan.. Amalkan Setiap Hari Sampai 41 hari @ Lebih....

PERINGATAN : AMALAN INI ADALAH SESUAI UNTUK PESAKIT2 SIHIR YG SUDAH LAMA & BERPANJANGAN.. BOLEH JUGA DIAMALKAN OLEH AHLI KELUARGA PESAKIT.. SENTIASAKAN JUGA AMALKAN SOLAT SUNAT TAUBAT, SOLAT HJAT JUGA SOLAT DHUHA.. SENTIASA BERSEDEKAH.. I-ALLAH ANDA BOLEH MELIHAT KESANNYA...
SEMOGA DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA....

Sunday, 8 April 2012

KAEDAH & BAHAN ASAS RAWATAN

KEPERLUAN SEMASA BERUBAT :-
Air Untuk Minum, Air Untuk Mandi...
Limau Nipis 9bj (3biji hendaklah dipotong siap2 smasa nk mulakan
rawatan)...
Rakan Peneman/Pembantu...
Bekas kosong/plastik (psediaan jika Muntah Semasa Proses Rwtn)

AMALAN/AYAT YG DIBACA SEMASA PROSES RWTN :
Mengucap
Salawat
Istighfar
Hauqalah (Lahaulawala......)
Fatihah
Ayat Qursi, 4 Qul
Zikir2 Tertentu bdasarkan penyakit

KAEDAH PENGUBATAN SHEH :
ANTIBIOTIK (Secara Amalan ayat2 Matsur/zikir, Pesakit Berusaha
Membina Kekuatan & Pertahanan Dalaman),
Perawat (Sheh) berusaha membuang penyakit & mngubati Dgn Ayat2 Yang Tertentu (Jarak Jauh @ Jarak Dekat)

antara PERKARA2 @ SIMPTOM2 yg BIASA BERLAKU apabila ANDA INGIN BERIKHTIAR DG RAWATAN SHEH (Biasanya berlaku 2,3 jam sbelum memulakan rawatan)..
1- Rasa mengantuk/lemah badan @ malas
2- Rasa Loya/Mual/Pening @ muntah dg tiba2
3- Sakit2 Bhgn Anggota Tertentu secara tiba2
4- Panas @ Sejuk yg luar biasa
5- Jadi serba x kena @ fikiran buntu tanpa sebab
6- Berdebar2, emosi rasa x menentu, rasa nak marah tanpa sebab
7- DLL petanda pelik, bergantung pada tahap sakit

JIKA BERLAKU.., USAHAKAN RAWATAN SECEPAT MUNGKIN..

TANDA-TANDA ANDA TERKENA SIHIR / GANGGUAN MAKHLUK HALUS

TANDA SEMASA JAGA

- Masak nasi, lauk pauk, cepat basi. Misalan, masak pagi, petang dah basi.

- Tiba-tiba bau busuk/wangi di rumah dan terus hilang. Berlaku beberapa kali.

- Nampak kelibat orang lalu di sebelah kiri, kanan atau depan.

- Perasan ada orang di belakang tetapi bila tengok, takde orang.

- Kerap bunyi goli di atas dinding rumah.

- Kerap bunyi kerusi tarik-tarik di atas dinding rumah.

- Barang-barang electronic di rumah cepat rosak. (Eg. TV, radio, fridge, computer..etc..)

- Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab.

- Ahli keluarga rumah cepat marah-marah @ emosional

- Tak suka duduk rumah. Rasa serabut sangat-sangat. Lebih suka dan tenang di luar rumah.

- Selalu bergaduh di antara satu sama lain di rumah.

- Dengar orang yang dikenali (misalan: mak, bapak, adik, abang, suami isteri...etc) panggil tapi tengok takde orang.

- Tanda-tanda lebam di peha kaki @ mana2 anggota badan apabila bangun pagi.

- Perubahan watak (character) berlaku kpd seseorang. (Misalan, dahulu dia seorang yg ceria dan periang tapi sekarang suka menyendiri.)

- Suka tengok cermin lama-lama @ barang-barang lama yang melampau.

- Suka tengok bulan mengambang di tingkap.

- Suka tengok pokok-pokok di luar tingkap rumah pada waktu malam.

- Suami isteri makin susah nak bertemu dan duduk berbicara, susah nak bersatu. Timbul syak-wasangka yang bukan2

- Kemesraan suami isteri makin jauh berkurangan tanpa sebab munasabah

- Kedai / Business dahulu selalu ramai orang kunjungi tetapi sekarang berkurangan dengan teruk.

- Terjumpa pasir, air atau benda2 pelik yang berada di depan pintu masuk rumah / kedai secara tiba-tiba.

- Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa2, normal.

- Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya.

- Ibadah makin berkurangan, makin malas

- Rasa Malas melampau, mengantok luar biasa, Lemah semangat terutama menjelang maghrib

- Rasa tidak senang / meluat bila dengar bacaan ayat-ayat Quran, Azan @ zikir-zikir

- Menyukai/menyintai/merindui kaum sejenis (Gay,Lesbian,Homoseks,Penkid DLL)

- Hilang nafsu pada pasangan, tetapi nafsu kemuncak bila melihat orang lain yang bukan pasangan anda. Nafsu kemuncak pada orang yang diharamkan anda nikahi

- Rasa teringin mengadakan hubungan seks dgn pasangan melalui saluran2 yang tidak diizinkan Agama seperti Dubur & nafsu menjadi kemuncak pada waktu2 yang diharamkan bersetubuh seperti waktu Haid

- Suka makan dengan tangan kiri & merasa benci makan dengan tangan kanan

- Gatal yang melampau pada bahagian alat sulit, celah peha, dalam kulit, sendi2 @ mana2 anggota terutama waktu senja

- Tak boleh tengok darah @ senjata2 tajam

- Mudah stress walau pada masalah yang kecil, mudah berdebar2 dan mudah terkejut

- Sakit dalam perut @ gastrik melampau, migrain/sakit kepala yang melampau, sakit yang boleh berubah-ubah tempat

- Sakit Melampau pada bahagian belakang/pinggang, sendi2 @ mana2 anggota badan walaupun anda dah berulang kali berjumpa doctor @ mengurut

- Naluri kemuncak untuk membunuh diri @ membunuh seseorang

- Suka makan makanan yang mentah2, masih berdarah & sukakan makanan basi

- Kacip gigi geraham semasa tidur

TANDA2 SEMASA TIDUR

- Mimpi ular, lipan @ binatang2 berbisa

- Mimpi Darah

- Mimpi Jatuh dari tempat tinggi @ terawang-awangan di udara

- Sukar tidur walaupun anda sudah cukup tidur sebelum ini

- Mimpi melihat orang2 pelik / aneh

- Mimpi berada di kawasan tanah perkuburan @ lokasi2 aneh

- Mimpi anak kecil bermain2 dengan anda, menyusu @ sentiasa bersama anda

- Kerap bermimpi bersetubuh dengan seseorang yang dikenali @ tidak

- Kerap bermimpi berjumpa dengan arwah ibu, ayah, datuk @ ahli keluarga yang lama/baru meninggal dunia

- Mimpi bunuh diri

- Mimpi Binatang2 Hitam seperti anjing, kucing, harimau DLL

- Sering ditindih & rasa sesak nafas semasa tidur @ Orang melihat kita gelisah semasa tidur, menangis @ ketawa tiba2..