Sunday, 8 September 2013

BAGAIMANA UNTUK MENJADIKAN RAWATAN TERHADAP PESAKIT @ DIRI SENDIRI LEBIH BERKESAN DENGAN AYAT2 QURAN, ZIKIR & DOA

Ramai pesakit bersungut, MENGAPA pesakit masih belum sembuh2 walaupun sudah sekian lama berubat, malah rawatan dengan Perawat-Perawat @ Pusat-Pusat Rawatan yg Masyhur sekalipun.. Malah sesetengah Pesakit lain boleh pula sembuh dalam masa yang singkat walaupun penyakitnya lebih berat dari kita sendiri yg sudah lama menderita menanggung kesakitan. Ada juga pesakit yang mengakhiri hayatnya dalam keadaan sakit. Di sini ana akan cuba kongsikan beberapa kaedah ringkas hasil perkongsian ilmu dengan beberapa pesakit ana & sahabat2 Perawat yg bersama, pesakit yang selama ini tenat, tetapi Alhamdulillah telah diberi kesembuhan sepenuhnya oleh Allah :

1) Kaji Kehidupan Sebenar Pesakit sebelum dia DiTimpa Kesakitan/Sihir
    a- Berniaga tetapi TIDAK PERNAH mengeluarkan ZAKAT, jika diKELUARkan namun TIDAK
         MENCUKUPI.
    b- Tidak TAAT pada Emak, sentiasa mengutamakan Isteri & Anak2 sehingga Emak berkecil HATI tanpa
         beliau meminta kemaafan & keredhaan dari emak. Hakikatnya, tanggung-jawab seorang LELAKI itu
         terhadap EMAKnya x akan terputus selama-lamanya walaupun dia mempunyai Isteri, Anak2,
         Perniagaan yg Berjaya DLL kemewahan di atas muka bumi Allah ini.
    c- Sikap seorang ISTERI terhadap SUAMInya.. sejauh mana Peranan & Ketaatan terhadap suaminya
    d- Sikap & Tanggung-Jawab seorang SUAMI terhadap ISTERI & Semua Tanggungannya. Keperluan
        Batin yakni Agama yang semakin diabaikan.
    e- Sumber REZEKI itu sendiri, dari MANA, ke MANA dilaburkan, kebanyakkannya x ambil peduli
    f- Mempunyai HUTANG, tetapi x BERUSAHA untuk menyelesaikannya
    g- Hasad dalam hati terhadap kesenangan & kemewahan jiran2 @ orang lain
    h- Beranggapan BURUK terhadap alim ulamak, ahli2 zikir yg Matsur, jemaah yg selalu berulang-alik ke
        Masjid.
    g- Mandi Wajib @ Wudhu yg TIDAK SEMPURNA
    h- TIDAK mengamalkan DOA2 ASAS dalam kehidupan seperti yang diAJAR RASULULLAH
         (S.A.W) spt Doa Makan, Tidur & Bangun, Masuk Tandas, Sebelum Bersetubuh, Keluar dari Rumah,
         Semasa Beremosi spt Marah, Terkejut, Sedih & Gembira, DLL doa lagi
    i- TIDAK menjaga KEBERSIHAN diri, kuku yg tidak TERJAGA & TERURUS, tidak BERSIH, kuku
        yang kotor akan menjadi pintu MASUK untuk JIN/Syaitan ke dalam badan kita, seterusnya
        merosakkan anggota, fikiran & hati kt
    j- BerBANGGA dengan sikap Pemarah dalam diri & x BERUSAHA untuk menjadi lebih penyabar

2) TAHAP RAWATAN YANG PERLU DIPRAKTIKKAN
    A- Rawat ANGGOTA
         Iaitu anggota yg menderita sakit JANGAN dibiarkan berterusan mengalami kesakitan seperti Sakit
         Sendi, Sakit Kepala, Pinggang, Belikat. Rajin bersenam supaya perjalanan Darah sentiasa lancar. Bagi
         urat-urat yang mengalami kesakitan @ gangguan angin dalam badan, anda kena ikhtiarkan melalui  
         terapi @ urutan dengan yang pakar dalam urut. Angin-angin yang tersekat dalam darah, darah2 yg
         membeku akibat kurang lancar pengaliran, sel2 darah putih yang tidak terkawal, minyak2 & kolesterol
         berlebihan akan MENJADI sumber makanan yang LAZAT & DIGEMARI oleh golongan2 JIN yang
         sedang berada dalam TUBUH kita. Kurangkan makanan2 yang BERLEMAK, BERMINYAK &
         BERANGIN seperti Susu Soya, Ayam terutama bahagian kulit, daging2 yg banyak lemak, telur, jenis2
         kacang, nangka, pulut DLL pemakanan yang menghasilkan Lemak, Minyak & Angin. ANGGOTA
         badan yang dibiarkan dalam kesakitan, Lama2 akan menjadi Ibu-Pejabat & Pusat Pengurusan JIN2
         yang berada dalam badan yg berjalan melalui salur darah kita.Sia2 lah RAWATAN mengeluarkan
         JIN  jika DALAM MASA YANG SAMA, MAKANAN & SUMBER PROTEIN untuk JIN
         berlambak-lambak dalam BADAN KITA.

   B- Rawat PEMIKIRAN
        i) Ubah Pemikiran kita bahawa Semua Penyakit yang MENIMPA kita, adalah melalui kesilapan diri
           kita sendiri. BUKAN melalui KEJAHATAN orang lain. ALLAH memberi kita Kesakitan adalah
           melalui SifatNya YANG MAHA ADIL. TANPA SAKIT, kita LUPA pada ALLAH, semakin
           mengejar KEDUNIAAN, X Solat, X Zikir, X Baca Quran & Mempunyai Masalah2 yang spt yang
           telah diterangkan dalam Rangkap yang di atas.
       ii) Sentiasa BERFIKIRAN negetif terhadap kekuatan diri sendiri, fikirkan diri ini sebagai KHALIFAH
          & Makhluk JIN itu adalah lebih rendah martabatnya dari kita. Segala kesakitan yang kita alami adalah
          SEPENUHNYA dari ALLAH, bukan disebabkan JIN @ Makhluk
      iii) Tenangkan fikiran & Jalani kehidupan @ kesakitan dengan penuh CERIA & TANPA STRESS

  C- Rawat HATI
       i) UBAH sikap anda selama ini yang Pemarah, Mudah Beremosi dengan sikap yang Penyabar &
          Menyenangkan orang lain.
      ii) Amalkan doa2 & Zikir Harian yang Tsabit dari Rasulullah. HAKIKATnya, semua doa & zikir yang
          Rasulullah ajar, akan lebih memberi kesan kepada HATI dahulu, ke Fikiran Barulah ke Anggota.
         Agak makan masa KESANnya TETAPI memberi KESAN yang BERPANJANGAN. Istiqamah dgn
         Amalan2 Rasulullah walaupun SEDIKIT. Amalan yang ISTIQAMAH adalah lebih DEKAT dgn
         ALLAH.
     iii) Baca Al-Quran dgn kita faham Maknanya. Rujuk Terjemahan jika kita x FAHAM bahasa ARAB.
         Amalkan baca 1 muka setiap hari sudah memadai asalkan kita dapat ISTIQAMAH dalam
         membacanya. Al-Quran yg dibaca dengan kita Faham Maknanya AKAN lebih menyembuhkan HATI
         KITA.
     iv) Berusaha untuk KHUSYUK dalam SOLAT. Lembutkan HATI kita dengan menangis di hadapan
         Allah (yakni ketika Solat). HATI yang lembut akan memudahkan IMAN & NUR meresap dalam
         HATI. sudah TENTU HATI yang BERCAHAYA akan lebih menjauhkan kita dari mudah dipengaruhi
         oleh Jin & Syaitan.

Moga-moga perkongsian yang serba sedikit ini dapat memberi manfaat untuk Perawat2 & Pesakit2. Dari Allah penyakit itu datang, Kepada Allah jualah Penyakit/Kesulitan itu kembali.......

1 comment:

PESUGIHAN MBAH SURO said...

Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

-tunang/kekasih berpaling hati
-minyak pengasih
-pelaris niaga
-pelet
-pemikat
-buka aura
-santau sum power
-pelaris dalam galian
-santau angin
-santau tepuk bantal
-santau patung
-santau Siam
-santau di Kedah
-ilmu pengasih
-ilmu penunduk
-buka aura

Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

WhatsApp +62 822 4631 1483




Post a Comment