Wednesday, 10 October 2012

AMALAN ASAS UTK MENGELAKKAN SIHIR / GANGGUAN JIN


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.
Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.
Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.
Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.
Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.
Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

AMALAN ASAS UTK MENGELAKKAN SIHIR / GANGGUAN JIN


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.
Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.
Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.
Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.
Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.
Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

AMALAN ASAS UTK MENGELAKKAN SIHIR / GANGGUAN JIN


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.
Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.
Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.
Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.
Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.
Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.
Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.

Tuesday, 11 September 2012

RAWATAN UTK TULANG TERKEHEL @ PATAH


Sila baca ayat dibawah dan hembus kepada sebotol miyak serai wangi,kemudian urut sejam tempat yang cedera/patah...InsyaALLAH mujarab....

AL FATEHAH 1X
ISRA 82 3X
SELAWAT SYIFA 3X
YASIN 78-79 7X
YASIN 82 3X


YASIN 78-79
وَضَرَبَ لَنَا مَثَلاً۬ وَنَسِىَ خَلۡقَهُ ۥ‌ۖ قَالَ مَن يُحۡىِ ٱلۡعِظَـٰمَ وَهِىَ رَمِيمٌ۬ (٧٨) قُلۡ يُحۡيِيہَا ٱلَّذِىٓ أَنشَأَهَآ أَوَّلَ مَرَّةٍ۬‌ۖ وَهُوَ بِكُلِّ خَلۡقٍ عَلِيمٌ (٧٩)
Serta dia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu) dan dia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil dia bertanya: Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu? (78) Katakanlah: Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya dan Dia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya(79)

RAHSIA AWAL AYAT SURAH MARYAM & ASY-SYUAARA


Rahasia Surat Maryam & Asy Syuura
( Ayat 1 & Ayat 1- 2 )

(Asy-Syuura ayat 1- 2) حم عسق (Maryam ayat 1)كهيعص
Atau dengan huruf terpisah adalah :
ك ه ي ع ص ح م ع س ق
Ayat ayat di atas merupakan ayat dari surat maryam ayat ke 1 dan surat Asy-Syuura ayat 1-2 yang berupa huruf yang disebut juga " Ayat Fawatih As- Suwar ( Ayat pembuka surat-surat ), Ilmu ini saya terjemahkan dari kitab Syamsul Ma'arif Al- Qubra kepunyaan " Syeikh Al-Imam Ahmad Ibni Ali Al- buuny ", Sebagian Ulama khowas seperti Syeikh Zainuddin Al-Kaafy mengatakan bahwa Ayat ayat di atas merupakan Asma Al-'Adzom, karena ayat ayat tersebut mempunyai rahasia dan keajaiban-keajaiban yang langka, Rahasianya sendiri terletak pada huruf-hurufnya yang mengandung ayat ayat yg lainnya, disini saya coba menjelaskan isi kandungan dari 10 huruf di atas sebagai berikut :

ك كَمَاء أَنزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ فَأَصْبَحَ هَشِيماً تَذْرُوهُ الرِّيَاحُ ح
Artinya : "Sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit, maka menjadi subur karenanya tumbuh-tumbuhan di muka bumi, kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin".[Al-Kahfi 18:45]
Huruf ك dari surat maryam ayat 1 merupakan huruf awal dari surat kahfi ayat 45, Dan huruf ح dari surat Asy-Syuura ayat 1 merupakan huruf ح juga dari surat Kahfi ayat 45

ه هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْب وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ
الرَّحِيمُ م
Artinya : "Dialah Allah Yang tiada Tuhan selain Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".[Al-Hasyr 59:22]
Huruf ه dari surat Maryam ayat 1 merupakan Huruf awal dari surat Al- Hasyr ayat 22, Dan huruf م dari surat Asy-Syuura ayat 1 merupakan huruf akhir dari Surat Al-Hasyr ayat 22

ي يَوْمَ الْآزِفَةِ إِذِ الْقُلُوبُ لَدَى الْحَنَاجِرِ كَاظِمِينَ مَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ حَمِيمٍ وَلَا شَفِيعٍ يُطَاعُ ع
Artinya : " hari yang dekat (hari kiamat yaitu) ketika hati (menyesak) sampai di kerongkongan dengan menahan kesedihan. Orang-orang yang zalim tidak mempunyai teman setia seorangpun dan tidak (pula) mempunyai seorang pemberi syafa'at yang diterima syafa'atnya".(Ghafir/ Al Mu'min 40:18)


ع عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا أَحْضَرَتْ فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ الْجَوَارِ الْكُنَّسِ وَاللَّيْلِ إِذَا عَسْعَسَ وَالصُّبْحِ إِذَا تَنَفَّسَ س
Artinya : " maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannyaSungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang,yang beredar dan terbenam, demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing "
[ At-Takwir 81:14 - 18 ]
ص ص وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ بَلِ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي عِزَّةٍ وَشِقَاقٍ ق
Artinya : " Shaad, demi Al Qur'an yang mempunyai keagungan,Sebenarnya orang-orang kafir itu (berada) dalam kesombongan dan permusuhan yang sengit".[Shaad 38: 1 - 2]

Tata cara mengamalkan ke 5 Ayat diatas adalah sebagai berikut :
1. Apabila mempunyai hajat apa saja 5 Ayat di atas dibaca 66 x pada tengah malam setelah tahajjud
2. Apabila anda ingin menarik sesorang yang kabur/Lari, kepalkan lah semua jari tangan anda lalu buka satu persatu sambil membaca Kaf ha ya 'ain shad ha mim 'ain syin qof, masing -masing huruf untuk tiap jari yg dimulai dari ibu jari tangan kanan dan seterusnya, setelah itu bacalah 5 Ayat diatas 100 x sambil di bayangkan wajah orang tsb, maka yg kabur akan kembali, bisa juga untuk menarik kekasih supaya datang.
3. Untuk Jalbur Rizqi 5 Ayat diatas dibaca 313 x, Kemudian membaca Do'a dibawah ini 3x
Allohumma Inni As aluka An tarjuqoni Rizqon halalan toyyiban wasi'an katsiran min Ghairi Ta'abin wala ihtisabin wala masyaqatin wala dhararin innaka 'ala kulli say in qadiir bihaqqi Kaf Ha Ya 'Ain Shad wa Ha Mim 'Ain Sin Qaf
Demikian khasiat ini tidak bisa saya uraikan semuanya, Yang terpenting untuk 5 ayat ini silahkan di dawamkan 66 x setiap hari semua khasiat akan anda ketahui & rasakan sendiri, Minimal dawam 70 Hari.

Saturday, 11 August 2012

KETAKSUBAN UMMAT TERHADAP GURU TAREQAT, KEBATINAN @ PERSILATAN


Islam berteraskan tauhid dan anti syirik. Asas ajaran Islam ialah membesarkan Allah dan menghayati ajaran Allah berdasarkan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Jika mana-mana guru menumpukan ajarannya kepada membesar Allah dan mengikuti ajaranNya seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w, maka itulah ajaran yang benar. Jika tumpuan kepada membesarkan guru, sibuk menceritakan kehebatan guru, maka itu telah terbabas dari ajaran Allah dan rasulNya. Di sini beberapa perkara patut diberikan perhatian;

1. Kesalahan sesetengah ajaran guru  mereka cuma menjadikan diri mereka pusat kekaguman pengikut dengan mengada-adakan cerita kehebatan diri. Mengambil kesempatan dari fanatik pengikut menyebabkan kita lihat walaupun tarekat kononnya mengajar penganutnya agar meninggalkan cinta dunia, tetapi guru-guru yang hidup dengan kemewahan. Bahkan, menjadi trend sesetengah guru ini untuk mendampingi orang kaya dan berkuasa.
Hal ini sangat berbeza dengan mereka yang zuhud pada zaman salafussoleh. Pada zaman dahulu, walaupun ramai penguasa yang soleh, namun golongan zuhhad (ahli zuhud) yang ikhlas ini enggan mendampingi mereka bimbangkan percikan dunia. Hari ini banyak penguasa yang tidak soleh, tetapi kita lihat golongan yang menyandar diri kepada terekat ini ramai suka memakmurkan majlis-majlis kemeriahan penguasa, memuji mereka dan mendapat habuan dari mereka. Maka, sesetengah guru menjadikan ‘bicara rohani’ atau bicara keajaiban diri untuk membina empayar harta dan pengaruh.
2. Bagaimanakah seorang guru boleh mendakwa bahawa dia mengetahui apa yang tersembunyi dalam dada muridnya, sedangkan Rasulullah s.a.w pun tidak mendakwa demikian? Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Kamu mengangkat perbalahan kamu kepadaku. Boleh jadi sesetengah kamu lebih petah hujahnya daripada yang lain. Lalu aku berikan untuknya berdasarkan apa yang aku dengar. Sesiapa yang aku berikan sesuatu hak saudaranya janganlah dia ambil, kerana sesungguhnya aku memotong untuknya potongan api neraka (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ertinya, baginda pun menilai berdasarkan apa yang zahir dan tidak mengetahui yang batin, sedangkan baginda seorang nabi. Hanya jika ada kes tertentu yang baginda mendapat wahyu daripada Allah.
3. Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:
“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).
pokok-tamar.jpg
Gambar Hiasan – Pokok Tamar
Apakah guru ini lebih daripada Nabi s.a.w sehingga mengetahui segala perkara yang zahir dan yang tersembunyi?
4. Keturunan Nabi s.a.w memanglah satu kelebihan. Namun, itu bukan pengukur utama kemuliaan seseorang. Tiada sistem kasta dalam Islam. Berlebihan dalam memuliakan keturunan tertentu itu menyerupai ajaran hindu, atau dalam umat ini seperti ajaran Syiah. Sedangkan al-Quran menyebut:
“Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa” (Surah al-Hujurat: 13 ).
Nabi sendiri pernah menyebut:
“Wahai Fatimah binti Muhammad! Wahai Sofiyyah binti ‘Abd al-Muttalib! Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dari (hukuman) Allah” (Riwayat Muslim).
Ertinya, yang menyelamatkan seseorang itu iman dan takwa sendiri, bukanlah keturunannya.
5. Kaum keluarga Nabi s.a.w dihormati, namun ada batasan. Prof Hamka mengkritik keras dakwaan Ibn ‘Arabi iaitu tokoh rujukan sebahagian besar golongan tarekat @kebathinan yang menyatakan kita hendaklah menerima apa sahaja yang dilakukan oleh mereka yang berketurunan Nabi s.a.w. atau kaum sayyid kepada kita. Kata Prof Hamka:
“Tegasnya menurut fatwa Ibn Arabi ini kalau bangsa sayyid atau habib mengambil harta-benda kita hendaklah redha, hendaklah serahkan, hendaklah sabar, kalau diganggunya diri kita ditamparnya, dipukulnya hendak redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar. Sebab beliau cucu nabi kita dan kalau diganggunya kehormatan kita sehingga kita jadi malu, hendaklah redha, hendaklah menyerah, hendaklah sabar, kalau diganggu anak isteri kita dan kaum keluarga kita, hendaklah terima dan redha dengan menyerah dan sabar…maka perkataan Ibn Arabi ini ditanamkanlah kepada orang awam. Padahal sangat membawa hinanya sesetengah manusia di hadapan yang setengahnya, sehingga lebih hina mereka daripada budak yang telah sepuluh kali dijual dan sepuluh kali berganti tuan. Walaupun hartanya atau dirinya bahkan walaupun anak gadisnya diganggu oleh ahli bait, zuriat Rasul, dia menyerah saja dan wajib memandang itu sebagai nikmat sesudah iktisadnya dann hidupnya dijajah oleh British dan Belanda dan Cina, maka jiwanya pula wajib dijadikannya sebagai budak dan jajahan kepada kaum sayyid” (Hamka, Teguran Suci Dan Jujur Terhadap Mufti Johor, m/s 72, Selangor: Pustaka Dini).
buku-hamka.jpg
6. Para sahabah yang mulia seperti Abu Bakr, Umar dan lain-lain pun tidak pernah berkempen tentang kehebatan diri mereka. Sebaliknya, mereka sentiasa mengajak umat Islam mendahulukan Allah dan rasulNya. Ketika Abu Bakr r.a dilantik menjadi khalifah, beliau berucap:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku… Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Padahal, orang seperti Abu Bakr al-Siddiq telah dimuliakan oleh al-Quran dan al-Sunnah, namun masih lagi mengingatkan bahawa asas Islam kembali kepada membesarkan Allah dan RasulNya. Apakah sesetengah guru tarekat ini lebih hebat daripada Abu Bakr?
7. Sesiapa sahaja hendaklah patuh kepada al-Quran dan sunnah. Ukuran kita apa yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, bukannya tokoh. Kata al-Imam al-Syatibi (meninggal 790H):
“Maka wajib bagi kita untuk mengikut orang yang terhalang daripada kesilapan (maksudnya RasululuLah S.A.W) dan berhenti daripada mengikut sesiapa yang tidak terhalang daripada silap apabila melihat kekeliruan pada ikutan tersebut. Bahkan kita bentangkan apa yang datang daripada para imam kepada al-Kitab dan al-Sunnah. Apa yang keduanya (al-Quran dan al-Sunnah) terima, maka kita terima, dan apa yang kedua tidak terima, kita tinggalkannya.”. (Al-Syatibi, Al-I’tisam, m.s 165, Beirut: Dar al-Kitab al-`Arabi).
8. Islam mengeluarkan kita dari kebodohan kepada kebijaksanaan. Dari mengikut sesuatu secara membabi buta kepada menilai dan memahami sebelum mengikut. Firman Allah:
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung hati, semua anggota-anggota itu akan ditanya”. (Surah al-Isra’: ayat 36).
Wajib setiap perkataan guru dibandingkan dengan al-Quran dan al-Sunnah dan haram mengikut mengikut sesuatu yang jelas bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
9. Mempelajari agama dari mana-mana tokoh bukanlah masalah utama, tetapi sikap bertaklid tanpa menilai dan berfikir itulah yang membawa kepada kesesatan. Jika ada tarekat @ kebahinan yang bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih, maka tiada salah mengikutnya. Kesufian dan tasawwuf juga tidak menjadi masalah jika berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun pastikan bukan seperti yang diingatkan oleh Syeikh Manna’ al-Qattan:
“Tasawwuf telah bertukar menjadi falsafah andaian semata-mata, yang tiada lagi hubungan dengan warak, taqwa dan kezuhudan. Falsafah ini mengandungi pemikiran-pemikiran yang bercanggah dengan Islam dan akidahnya”( Mabahith Fi `Ulum al-Quran, m.s. 356, Riyadh: Maktabah al-Ma’arif).

Monday, 9 July 2012

MENGHINDARI PENYAKIT AIN (ILMU TENUNGAN MATA)

Dalil Hadith dan Al-Quran 

“‘Amir bin Rabi’ah pernah melewati Sahl bin Hunaif yang sedang mandi, lalu ia berkata, ‘Aku tidak pernah melihat seperti hari ini dan aku tak pernah melihat kulit seperti kulit wanita yang dipingit.’ Tidak berapa lama, Sahl terjatuh. Kemudian dia didatangkan ke hadapan Nabi. Orang-orang pun mengatakan kepada beliau, ‘(Wahai Rasulullah), segera selamatkan Sahl, ia telah terbaring.’ Nabi bertanya, ‘Siapa yang kalian tuduh dalam hal ini?’ Mereka menjawab, ‘Amir bin Rabi’ah.’ Beliau pun berkata, ‘Atas dasar apa salah seorang di antara kalian hendak membunuh saudaranya? Apabila seseorang melihat sesuatu yang menakjubkan dari diri saudaranya, hendaknya ia mendoakan kebaikan padanya.’ Kemudian beliau meminta air dan memerintahkan ‘Amir untuk berwudhu’, maka ‘Amir pun membasuh wajahnya, kedua tangan hingga sikunya, kedua kaki hingga lututnya, serta bagian dalam sarungnya. Lalu beliau memerintahkan untuk menuangkan air itu pada Sahl.” 

(HR. Ibnu Majah no. 3500, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 3908/4020 dan Al-Misykah no. 4562) 

Al-Hafidz Ibnu Hajar menerangkan bahwa perkataan Rosulullah ini menunjukkan, apabila seseorang diketahui menimpakan ‘ain, maka ia diminta untuk mandi, dan mandi ini merupakan cara pengobatan ‘ain yang sangat bermanfaat. Dituntunkan pula bila seseorang melihat sesuatu yang mengagumkan hendaknya segera mendoakan kebaikan padanya, karena doanya itu merupakan ruqyah (pengobatan) baginya. Beliau juga menyatakan bahwa ‘ain yang menimpa seseorang dapat mengakibatkan kematian.
(Fathul Bari, 10/215) 

Allah berfirman yang maksudnya: 

“Dan hampir-hampir orang-orang kafir itu menggelincirkanmu dengan pandangan mereka. tatkala mereka mendengar Al Quran dan mereka berkata: 'Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila.'” 

(Surah Al-Qalam, ayat 51) 

Ibnu ‘Abbas dan selain beliau menafsirkan ayat ini bahwa orang-orang kafir itu hendak menimpakan ‘ain kepadamu dengan pandangan mata mereka. 

Disampaikan oleh ‘Abdullah bin ‘Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“’Ain itu benar adanya. Seandainya ada sesuatu yang dapat mendahului takdir, tentu akan didahului oleh ‘ain. Apabila kalian diminta untuk mandi, maka mandilah.” 

(Shahih, HR. Muslim no. 2188, Fatawa Al-Mar’ah Al-Muslimah, 1/164-165) 

Al-Imam An-Nawawi mengatakan, hadits ini menjelaskan bahwa segala sesuatu terjadi dengan takdir Allah, dan tidak akan terjadi kecuali sesuai dengan apa yang telah Allah takdirkan serta didahului oleh ilmu Allah tentang kejadian tersebut. Sehingga, tidak akan terjadi bahaya ‘ain ataupun segala sesuatu yang baik maupun yang buruk kecuali dengan takdir Allah. Dari hadits ini pula terdapat penjelasan bahwa ‘ain itu benar-benar ada dan memiliki kekuatan untuk menimbulkan bahaya. 
(Syarh Shahih Muslim, 14/174) 

‘Ain dapat terjadi dari pandangan yang penuh kekaguman walaupun tidak disertai perasaan dengki (hasad). Demikian pula timbulnya ‘ain itu tidak selalu dari seseorang yang jahat, bahkan boleh jadi dari orang yang menyukainya atau pun orang yang shalih. 
(Fathul Bari, 10/215) 

Sabda Nabi Muhammad SAW, maksudnya: 

"Kebanyakan orang yang mati dari umatku setelah kerana ketetapan dan takdir Allah adalah sebab tertimpa `ain." 

(HR Al-Bukhari) 

Imam Ahmad dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Asma' binti 'Umais berkata: 

"Wahai Rasulullah, sesungguhnya Bani Ja'far tertimpa `ain, apakah aku boleh meminta orang meruqyah mereka? Beliau menjawab: "Ya boleh. Andai kata ada sesuatu yang boleh mendahului takdir niscaya `ainlah yang mendahuluinya." 

Rasulullah memerintahkan untuk melakukan ruqyah, yaitu pengobatan dengan Al Qur’an dan dzikir-dzikir kepada Allah, terhadap orang yang terkena ‘ain. Beliau memerintahkan hal itu pula kepada istri beliau, ‘Aisyah: 

“Rasulullah memerintahkannya untuk melakukan ruqyah dari ‘ain.” 
(Shahih, HR. Al-Bukhari no. 5738 dan Muslim no. 2195) 

Diceritakan pula oleh Jabir bin ‘Abdullah ketika Rasulullah menyuruh agar anak-anak Ja’far bin Abu Thalib diruqyah: 

Nabi berkata kepada Asma’ bintu ‘Umais, “Mengapa aku lihat anak-anak saudaraku kurus-kurus? Apakah karena kekurangan?”. Asma’ menjawab, “Bukan, akan tetapi mereka cepat terkena ‘ain.” Beliau pun berkata, “Ruqyahlah mereka!”. Asma’ berkata: Maka aku serahkan urusan ini kepada beliau, lalu beliau pun berkata, “Ruqyahlah mereka.” 

(Shahih, HR. Muslim no. 2198) 

Jibril pernah meruqyah Rasulullah SAW ketika beliau sakit dengan doa: 

بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسدٍ الله يشفيك، بسم الله أرقيك 
“Dengan nama Allah aku meruqyahmu dari segala sesuatu yang menyakitkanmu dan dari setiap jiwa atau pandangan yang dengki. Semoga Allah menyembuhkanmu, dengan nama Allah aku meruqyahmu.”

(Shahih, HR. Muslim no. 2186) 

Rasulullah SAW senantiasa memohon perlindungan dari ‘ain, sebagaimana dikabarkan oleh shahabat yang mulia, Abu Sa’id Al-Khudri: 

“Rasulullah senantiasa berlindung dari jin dan pandangan manusia, hingga turun surah Al-Falaq dan surah An-Naas. Ketika keduanya telah turun, beliau menggunakan keduanya dan meninggalkan yang lainnya.” 

(HR. At-Tirmidzi no. 2059 dan Ibnu Majah no. 3511, dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahih Ibnu Majah no. 2830) 

Dari Ummul Mu'minin Ummu Salamah r.a, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melihat seorang budak perempuan yang wajahnya ada suf'ah (bintik-bintik hitam), maka beliau bersabda: 

"Mintalah ruqyah untuknya kerana dia tertimpa pandangan (`ain)." 

(HR Al-Bukhari) 

Petikan daripada: 
Panduan Praktis Terapi Penyembuhan Syar'i, edisi terjemahan dari susunan Ummu Maryam, terbitan At-tibyan. 
(Sila dapatkan buku ini untuk bacaan lanjut) 

Pengenalan Ringkas 

`Ain adalah pandangan mata. Berdasarkan hadith-hadith yang disebut di atas, ternyata benar adanya pengaruh daripada pandangan mata. Sama ada seseorang itu memandang dengan hasad dalam hatinya, ataupun sekadar takjub, ia boleh membahayakan. 

Penyakit kerana pandangan mata ini adalah penyakit yang sukar dijelaskan oleh dunia perubatan moden. Maka itu, sekiranya terdapat tanda-tanda seperti terkena 'ain, pesakit digalakkan mendapatkan rawatan ruqyah daripada 'ain serta tidak mengabaikan perubatan moden. 

'ain boleh ditimpakan oleh jin dan manusia sendiri. Beza 'ain dengan sihir: 

'ain boleh berlaku hanya dengan rasa takjub tanpa berserta iri hati ataupun berserta iri hati. 
sihir memerlukan syarat penyihir itu melakukan suatu perbuatan kufur / syirik untuk membolehkan ianya berkesan. 

Panduan mengelak mengenakan `Ain 

Nasihat saya, janganlah terlalu takjub dengan ciptaan Allah SWT. Seandainya timbul perasaan itu, cepat-cepatlah meminta perlindungan daripada Allah SWT. Sebutlah "MassyaAllaah, laa quwwata illaa billaah." seperti dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40 yang maksudnya: 

Dan mengapa kamu tidak mengatakan waktu kamu memasuki kebunmu "maasyaallaah, laa quwwata illaa billaah (sungguh atas kehendak Allah semua ini terwujud, tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah). Sekiranya kamu anggap aku lebih sedikit darimu dalam hal harta dan keturunan. Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus. 

(Maksud surah Al-Kahfi ayat 39 dan 40) 

Atau baca saja isti`azah atau ta`awwudz: 

أَعُوْذ ُباِللَّهِ مِنَ الشَّيْطَا ِن الرََّجِيْمِ 
(Aku berlindung dari Allah dari syaitan yang direjam.) 

Allah SWT ada beri sedikit panduan. Di dalam Al-Qur’an, Surah Al-A'raaf, ayat 200 yang maksudnya: 

"Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." 

(Maksud Surah Al-A‘raaf ayat 200 )

Sunday, 3 June 2012

SAKA JAHAT vs SAKA BAIK... BOLEHKAH BERUBAT DENGAN PERAWAT YG MENGGUNA PENDAMPING..?????


SAKA

SAKA

llmu Saka Boleh Sakiti Orang Lain Dan Diri Sendiri
Membicarakan tentang SAKA adalah satu perkara sensitif. Sesuatu yang tidak nampak dan tidak mudah untuk diyakini. Masyarakat melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.

Saka adalah sejenis gangguan makhluk halus yang berpunca sama ada daripada jin atau syaitan. Kebiasaannya proses terjadinya saka ini bermula apabila ada manusia yang ingin berdamping dengan makhluk halus dan akhirnya menggunakan kebolehan yang ada pada makhluk halus tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu.

Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari. Dengan perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun. Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris adakalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan Al-Fatihah, silat syeikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.

Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional. Pemilik saka yang melibatkan ilmu perbomohan ataupun dukun yang diwarisi oleh seseorang akan membolehkan pewaris memiliki kebolehan untuk melakukan rawatan dan sebagainya yang berkaitan dengan ilmu kebatinan seperti yang pernah dilakukan oleh pewaris tadi, berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun biarpun dia tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan yang khusus.

Dari sinilah lahirnya orang yang tidak sedarkan diri atau separuh tidak sedarkan diri, menurun lalu melakukan rawatan, berupaya menilik sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan sebagainya. Hal demikian berlaku kerana makhluk tadi meresap dalam tubuh orang berkenaan, menguasai otak, jasad, lidah dan pergerakkan lalu menggunakan jasad manusia untuk bertindak.


Keadaan seperti ini dikenali sebagai ‘menurun’ dimana makhluk halus tadi telah menurun atau meresap dalam tubuh manusia lalu bertindak melakukan sesuatu menurut tujuan asal makhluk ini meresap dalam tubuh manusia. Pelbagai natijah luar biasa (nadir) mencarik kebiasaan adat dan tidak dapat difikiri oleh akal punca dan sebab musabab berlaku seperti yang dijelaskan. Iaitu boleh melakukan rawatan, menilik benda-benda ghaib, menjadi kebal, digeruni, mengangkat benda-benda berat dan sebagainya yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa

Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa. Jin atau makhluk halus yang dibela oleh manusia, pada kebiasaannya memerlukan manusia yang biasanya terdiri daripada kaum keluarga atau terus berdampingan dengan manusia setelah tuan yang asal tadi meninggal dunia. Makhluk yang seperti inilah yang dinamakan SAKA yang diperturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya.

Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja.
Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakkan mewarisi ilmu pemiliknya yang dimiliki selama ini. Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu dia telah mewarisi saka tadi.

Penurunan saka juga boleh berlaku secara tidak langsung apabila seseorang waris itu menerima barang-barang tertentu, yang pada kebiasaannya terdiri daripda keris, lembing ataupun tombak atau objek lain seperti tangkal, azimat, batu geliga, akik dan sebagainya.

Apabila seseorang itu menerima saka tadi, tidak kira samaada pada asalnya pewaris itu redha atau tidak lalu akhirnya tunduk menerima dan melakukan upacara atau syarat-syrat yang diajar secara langsung atau tidak langsung termasuk ketika mimpi, makhluk tadi akan semakin rapat dengan ‘tuan’ barunya yang boleh ‘diperintahkan’ melakukan sesuatu. Iaitu untuk tujuan rawatan seperti yang dijelaskan. Untuk membinasakan lawan atau orang lain dengan permintaan pelanggan yang datang menemuinya.



Dari sinilah lahirnya pelbagai jenis amalan kebatinan seperti ilmu pengasih, ilmu penunduk, ilmu seri muka, ilmu pemisah iaitu untuk memisahkan antara suami isteri, ilmu pelalau iaitu ilmu menyebabkan seseorang itu tidak kira lelaki atau perempuan tidak mendapat jodoh atau premis perniagaan yang tidak didatangi oleh pelanggan.
Termasuk dalam ilmu kebatinan ini ialah khidmat daripada pemilik saka yang boleh digunakan untuk menyakiti seseorang yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak normal atau bertindak seperti orang yang tidak waras, santau dan sebagainya. Semua amalan ini termasuk dalam kategori ilmu sihir iaitu tindak tanduk manusia yang melibatkan jin-jin atau yang dikenali sebagai makhluk-makhluk halus. Perlu dijelaskan bahawa amalan sihir adalah salah satu perbuatan dosa besar yang membinasakan.



Ilmu Yang Diwarisi Melalui Saka Ada Dua Jenis

Jenis Pertama

Adalah seperti yang dijelaskan diatas yang ada kalanya boleh digunakan untuk sesuatu yang dianggap boleh memberi manfaat seperti untuk tujuan rawatan, ilmu pengasih, digunakan untuk mencari barang hilang dan sebagainya. Selain mencari barang hilang saka juga boleh digunakan untuk mencuri barang kepunyaan orang lain seperti mencuri wang, barang kemas, pakaian termasuk seluar dalam dan baju dalam. Terlalu banyak hadis membicarakan tentang keupayaan jin-jin yang mencuri bahan makanan iaitu kurma dizaman Nabi s.a.w.

Selain boleh ‘digunakan’ untuk tujuan yang dijelaskan tadi, makhluk ini juga sering menyakiti orang lain, jiran-jiran termasuk kaum keluarga tuan saka tadi malah dalam keadaan tertentu makhluk ini boleh menyesatkan iman si empunya diri yang dianggap sebagai tuan tadi akan menyerang tuannya terutama ketika telah uzur,sakit atau ketika tua.

Orang Melayu yang memahami hal-hal yang berkaitan dengan saka ini sering beranggapan bahawa makhluk ini seumpama tidak terkawal apabila tuannya meninggal dunia dan tidak ada dikalangan keluarga yang sedia untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh pewaris selama ini. Keadaan akan menjadi redha apabila salah seorang daripada waris sudi menjadi tuan kepada makhl;uk ini.

Anggapan ini ada kebenarannya tetapi pada hakikatnya biarpun makhluk ini mempunyai tuan baru ia tetap menjadi masaalah kepada manusia terutama kepada keluarga yang terlibat kerana antara tujuan utama iblis dan syaitan itu ialah untuk menyesatkan manusia seberapa banyak yang boleh agar mereka dapat masuk keneraka bersamanya.

Jenis Kedua

Saka ataupun penyakit yang diwarisi daripada seorang pewaris kepada seorang atau beberapa orang waris akibat daripada gangguan atau serangan iblis dan syaitan yang berlaku turun temurun. Bermaksud sekiranya seorang pewaris itu sakit, sakit yang sama akan dideritai oleh warisnya.

Pada kebiasaannya sakit yang berpunca daripada saka tidak kira samada saka jenis pertama atau kedua adalah sama. Senagai contoh sekiranya seseorang itu tidak boleh tidur malam, selalu termenung, berasa sakit kepala seperti dibaji-baji lalu dia menghantuk-hantukan kepala maka keadaan yang sama akan dialami oleh keturunannya atau mereka yang diserang oleh saka tadi yang terdiri daripada kaum keluarganya.



Tidak mudah untuk memberi penjelasan bahawa seseorang itu sakit akibat saka. Umumnya apabila sesuatu masaalah atau sakit itu dirujuk kepada mereka yang terlibat dengan amalan kebatinan, maka selalunya dikatakan bahawa penyakit tersebut dirujuk sebagai kena buatan orang, kena sihir, gangguan, saka dan sebagainya.

Hakikatnya masaalah penyakit perlu dirujuk kepada pakar kerana punca penyakit itu adalah pelbagai akibat kecederaan seperti luka,patah, keracunan, stress, depress dan sebagainya akibat gangguan ataupun sihir.
Segala punca gangguan ini sukar diakui oleh pengamal perubatan moden tetapi kesemua faktor yang dijelaskan berlaku kepada mangsa.


PROFESION SAKA

Sesetengah ilmu saka ini juga melibatkan makhluk halus yang berkaitan dengan profesion tertentu yang kadang-kala melibatkan haiwan tertentu seperti :-

1.SAKA HARIMAU. Saka jenis inilah yang menjadi pilihan kebanyakan pembelanya sebab ia lebih berani dan mampu menakutkan orang ramai apatahlagi musuh-mush ‘tuannya’. Bagi mereka yang berniat tidak baik kepada pembela saka ini atau ahli keluarganya atau rumah kediamannya atau kebunnya maka jin peliharaan tadi akan menjelma menjadi seekor harimau bagi tujuan menakutkan orang berkenaan.

2. SAKA BUAYA. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan mengawal atau menjinakkan haiwan buaya.

3. SAKA ULAR. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan mengawal atau menjinakkan haiwan ular.

4.SAKA BOMOH. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan mengubat pesakit-pesakit yang ada kaitan dengan makhluk halus.

5. SAKA KUAT. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan supaya ‘tuannya’ menjadi kuat boleh mengangkat barang-barang yang berat atau menjadikan ‘tuannya’ kebal daripada sebarang tikaman objek tajam.

6. SAKA SUSUK. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan supaya ‘tuannya’ lebih kelihatan cantik pada pandangan mata yang melihatnya walaupun hakikatnya dia tidak lagi cantik. Biasanya diamalkan oleh kaum wanita.

7. SAKA BIDAN. Kebiasaannya saka jenis ini digunakan untuk tujuan perbidanan dan urutan selepas bersalin.



KESAN-KESAN BAIK KONONNYA YANG BOLEH DIPEROLEHI OLEH SESEORANG DARIPADA AMALAN SAKA ( jadi janganlah menerima saka ini)

1. Boleh melindungi diri,ahli keluarga dan harta benda.

2. Boleh mengawal banatang buas.

3. Boleh memberikan kekuatan dan kekebalan kepada pengamalnya.

4. Boleh menghasilkan daya tarikan yang berbentuk khayalan kepada orang yang memandangnya.

5. Boleh menguruskan lading dan kebunnya.

6. Boleh membuat orang sakit melalui bisikan-bisikan jin peliharaannya di telinga pembelanya.

7. Boleh meramalkan perkara-perkara ghaib.

KESAN BURUK DARIPADA SAKA

Sukar untuk melihat secara zahir kesan buruk daripada saka ini, namun apabila menggunakan kacamata agama berasaskan al-Quran dan as-Sunnah maka kelihatanlah kesan buruk diantaranya ialah :-

1. Boleh membawa syirik kepa Allah SWT kerana manusia bergantung kepada yang selain daripada Allah iaitu jin, syaitan dan makhluk halus.

2. Boleh mengganggu pembelanya jika pembelanya melanggar pantang larang seperti tidak menjamunya pada masa-masa tertentu. Atau tidak mengasapkan objek tertentu seperti keris dan sebagainya dengan asap kemenyan pada malam jumaat.

3. Boleh merosakkan hubungan suami isteri di mana makhluk halus saka ini boleh berupa dalam bentuk tuannya(pembela) dan menyetubuhi isteri tuannya sedangkan tuannya yang sebenar di tempat lain tanpa pengetahuan isteri tersebut.

4. Boleh memecah belahkan keluarga dan masyarakat selepas sesi rawatan di mana makhluk halus tadi akan memberitahu kepada pesakit kononnya yang membuatkan dia sakit ialah si fulan bin si fulan yang dengki kepadanya.

5. Boleh menipu daya pembelanya kerana mereka akan beramal dan berzikir dengan jumlah yang tertentu dalam tempoh tertentu kerana arahan makhluk halus.

6. Boleh menyebabkan pembelanya menjadi malas kerana bergantung harap kepada jin peliharaannya untuk menguruskan kerja sehariannya seperti menguruskan lading, menjaga ternakan, berburu, turun ke laut menangkap ikan, mengarahkan toyol mencuri duit dan sebagainya.

7. Boleh menyebabkan ‘tuannya’ susah keluar ruh ketika hendak mati seperti kehausan yang amat sangat dan sebagainya.

HUKUM SAKA PADA PANDANGAN AGAMA

Hukumnya adalah haram dan berdosa serta boleh menyebabkan syirik kepada Allah. Jika kita telah memilikinya maka berusahalah untuk membuannya. Jika kita bakal memilikinya, maka tolaklah daripada menerima saka tersebut.

Ini keraana iblis dan syaitan telah bersumpah di hadapan Allah SWT bahawa dia dan kuncu-kuncunya akan terus berusaha mengganggu, menipu danmenyesatkan manusia sehinggalah ruh manusia berpisah dar jasadnya sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Hijr ayat 39 yang bermaksud :
“Iblis berkata : Wahai Tuhanku, oleh kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, maka sesungguhnya aku akan menghiaskan segala jenis maksiat kepada manusia di muka bumi ini dan aku pasti akan menyesatkan mereka kesemuanya”.

Al-Quran telah menjelaskan bahawa manusia adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini bukannya malaikat atau jin yang merangkumi iblis dan syaitan. Mengapa manusia harus merendahkan darjatnya yang lebih tinggi daripada jin yang akhirnya terpengaruh dengan tipudaya jin.

Allah SWT telah memberi amaran kepada umat manusia supaya sentiasa berwaspada daripada iblis dan syaitan kerana makhluk halus ini ialah musuh ketat manusia sebagaiman ayat 60 Surah Yasin yang bermaksud :
“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak Adam agar kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang jelas”.

RAWATAN TERHADAP SAKA

Cara membuang saka bukanlah dengan cara bersemah, membuang ancak dan sebagainya yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi kita disuruh oleh Islam supaya membina pertahanan diri dengan amalan yang fardhu mahupun yang sunat. Banyakkan zikir dan doa yang boleh melindungi kita daripada gangguan syaitan seperti :-

1. Melazimkan diri dengan membaca ayat kursi selepas solat dan sebelum tidur atau ketika diganggu oleh makhluk halus.

2. Lazimmembaca doa mengusir syaitan dalam ayat 97-98 surah al-Mukminun.
2.1. Sentiasa membaca al-Quran terutamanya surah al-Baqarah
2.2. Sering membaca ta’awwuz ketika hendak memulakan sesuatu kerja.
2.3. Amalkan pada setiap pagi dan petang dengan membaca al-Mu’awwizat (surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas) dengan duduk menghadap kiblat sambil menadah kedua belah tangan seperti orang berdoa. Selepas membaca Fatihah dan mu’awizzat tersebut, tiup ke tangan perlahan-lahan hingga habis nafas kemudian raup dua tapak tangan tadi ke muka, kepala dan seluruh anggota badan (yang boleh dicapai oleh tangan). Lakukanlah amalan ini sekali atau 3 kali sebagai perlindungan daripada gangguan jin dan syaitan. Ianya boleh dilakukan untuk diri sendiri atau anak isteri.

3. Bagi melindungi rumah kediaman pula hendaklah kita elakkan menyimpan sebarang patung di dalam rumah, pastikan bacaan al-Quran sering berkumandang di dalam rumah dan amalkan solat hajat beserta bacaan Yasin memohon kepada Allah SWT melindungi rumah kediaman kita.
4. Lazimkan diri untuk qiyammullail kerana syaitan akan kepanasan apabila mendekati manusia yang sentiasa melakukan ibadah di waktu malam.

5. Sentiasa berpuasa sunat pada hari-hari yang disunatkan berpuasa kerana ianya boleh menyempitkan saluran pergerakan syaitan dalam badan manusia.

6. Dapatkanlah rawatan daripada pengamal pengubatan Islam yang berasaskan syariat dan bukannya pengamal perubatan yang berasaskan makhluk halus atau berdampingan dengan jin dan syaitan.

7. Bakar tulisan, buku, tangkal azimat yang diterima.Boleh juga direndamkan ke dalam cuka atau garam dan kemudian dibuang ke sungai atau laut atau ditanam.

8. Jangan sebut nama pewaris atasnya.

9. Jangan jumpa pengamal ilmu saka itu.

10. Ingatlah, manusia hanya berikhtiar dan berusaha, kesembuhan milik Allah SWT. Yang penting jangan putus asa atau rasa jemu untuk terus berikhtiar mencari kesembuhan yang sebenar.

Kertas kerja dibentangkan oleh Ust.Mohd Fauzi Mustaffa dalam seminar perubatan Islam

Tuesday, 8 May 2012

Wednesday, 2 May 2012

SAMBUNGAN KISAH PENGALAMAN RAWATAN JIN PENDAMPING (PAKAIAN DIRI).. YANG DISANGKA JIN SIHIR


KISAH RAWATAN JIN PEDAMPING (PAKAIAN DIRI)

Minggu ni, banyak plk kes2 melibatkan jin2 Pendamping @ Jin2 yang digunakan sebagai ‘Pakaian Diri’ & juga jin2 SAKA.. dh 13 tahun pesakit ini x dapat tidur, baru je nak tdo, pesakit itu dikejutkan dengan suara pekikan kuat sambil kaki disentap kuat, kepala jadi sakit sampai x dapat tidur. Kerana x dpt tdo, pesakit ini sering mengamuk supaya keletihan & tertidur, NAMUN hanya dapat tdo skejap. Rasa2 boleh masuk dlm Guinness Book Record kot sbb x tdo (Pesakit Paling Lama x Tidur).. hahaa.. Semasa melawat pesakit ini, pesakit hanya banyak berdiam diri, xmahu menjawab pertanyaan, muka kurus melengkung wlupun sblm ini, suaminya mngatakan tubuhnya ‘montel’.. Hendak berjalan pun terhoyong-hayang & perlu dipapah suami & anak2.. Sebelum ini, pesakit terpaksa dirawat di hospital mental Kota Bharu kerana keluarga sangkakan pesakit sudah gila. Dah berpuluh2 bomoh & perawat sudah diikhtiarkn. Sembuh sekejap, NAMUN dtg lagi sakit. Keluarga cdgkan jumpa Pakar Sakit Jiwa di Berek 12, Kota Bharu.., Last2 doktor pulak suruh ikhtiarkan plk rawatan kampong kerana berdasarkan pemeriksaan, pesakit ini waras & dapat menjawab persoalan2 psikiatri dgn jelas. Abis pusat rawatan, bomoh2 beliau menjelajah pulak. Hinggakan pernah beberapa kali jumpa bomoh2 siam & Sami Buddha utk rawatan.. Hampir kesemuanya perawat mengatakan penyakit Sihir (Buatan Orang).. paling kurang jgk yang kata Saka (Jin peninggalan Arwah org tua).. Pesakit pulak mati2 menyalahkan jiran berdekatan yang menyihirnya.. Krn memang sblm beliau sakit teruk, beliau ada bertikam lidah dgn jiran bkenaan masalah tanah. Aaghh, kita lupakan soal buatan org @ x, yg pentg psakit sembuh & x dpengaruhi jin lg..

Malam PERTAMA rawatan : baru ja saya & kawan2 bacakan ayat2 rawatan pada pesakit, terus shj pesakit x sedar diri.. baca punya baca ayat rawatan & ruqyah, pesakit menggeliat ksakitan yg amat sangat., namun xmau bersuara. Kaki kekejangan menahan sakit. Semasa menahan sakit, pesakit menampakkan mimic muka yg blainan, namun tetap xmahu bersuara. Cuma minta xnak dirawat sahaja. Ada muka mcm berkeriput, kdg2 mcm budak kecil, kdg2 membulat, Dan kdg2 penuh berseri… Namun, pada perubahan badan, nmpak sangat jin2 kesakitan amat sangat. Kadang2 bau mcm hancing sgt2, kdg2 bau busuk mcm tahi, juga busuk yg xtau dari mana. Rasa2nya, jin2 terberak, terkencing sbb menahan sakit.. Sekali skala kitorg terpaksa mhentikan bacaan kerana rasa kesian dgn jin2 dlm badan pesakit. Kami minta jin2 bagi kerjasama supaya jin2 td x rs azab.., pujuk punya pujuk Jin tu gtau Tuan dia xnak bagi cakap, apa nk jadi, jadi laa. Jin itu minta jgn diubati lg psakit ini.. Suara pesakit sering bertukar2, kdg2 ada jgk suara yg kata nk keluar dh.., tp byk suara kata xnak keluar. Malah mengugut akan bunuh semua perawat2 & keluarga perawat. Kami x peduli apa Jin tu nk kata, ayat2 ini dh biasa didengar dr jin2 yg terdesak tp degil. Malam tu, kami usahakan dulu utk jin2 yang nak keluar dulu, yg xnak keluar, diminta jgn ganggu dulu klu xnak diazab lagi.. Kalau nk usahakan sekaligus, jawabnya smpai pagi x selesai lg.. Sakit 13 tahun, xkan nak sembuh semalaman jeer.. Keluarga pesakit gtau, ramai dh perawat2 yg sohor2 (masyhur) tarik diri lps mrawat pesakit ini. Kami gtau pd keluarga pesakit, kami nk mcuba 3x rawatan jaa.., klu x diizinkan Allah lg utk sembuh, carilah perawat lain plk, lgpun kami ni ‘perawat2 kecik & x sohor’.., skdr ingin mbantu pesakit yg ksusahan. Sudah la miskin, sakit plk tuu (sblm ni, keluarga pesakit agak berada, namun akhirnya suami tpaksa bhenti kerja merantau jauh cari makan sbb nk jg bini yg comel katanya, akhirnya tpaksa bhabisan harta2 yg ada).. mlm tu, pesakit diberi minum air ‘penawar’ & muntah namun x banyak muntahnya.. Teramat busuk bau muntah tsebut walaupun zahirnya mcm air ludah biasa warnanya.. Pesakit rasa agak ringan sikit badan & kepala, Namun masih agak lemah. Malam tu, pesakit dpt la tdo lena sikit tapi masih ada gangguan… CUMA kami plk xleh nk tdo sgt, sbb kena byk berurusan dgn Jin2 & Bomoh sihir. Slh sorg kawan perawat ada klebihan boleh berdialog dg ‘pemilik @ bomoh’ sihir. Mengikut pemerhatian kami & pengalaman merawat, jin2 yg berkaitan sihir, kesemuanya dpt ditangkap, dibuang ke laut malah ada yg lari entah ke mana. Klu sungguh pesakit hanya ada masalah berkaitan sihir, pesakit akan jauh lebih sihat dlm rawatan ke 2 nanti.

Malam KEDUA rawatan : nampak pesakit agak ketakutan sikit, tp lebih berseri wajah dari malam Pertama. Kami agak hairan sikit kerana sebelum ni, rasa2nya ‘jin2 sihir’ dah ngaku kalah & xnak ganggu pesakit lagi. Sepatutnya pesakit dh nmpak sihat. Kami rasa macam ada masalah lain yg belum terbongkar. Kami pandang wajah pesakit, Tapi muka sentiasa pandang keluar, xnak tgk wajah perawat2.. Kali ini, x sempat nak baca ayat rwtn, br je dok dekat, pesakit terus kekejangan & x sedar diri.. Kami bacakan ayat2 & zikir azab jin.. Malam ni agak keras sikit bacaan. Mcm sebelum ni jgk, jin2 mganggu tetap dg sifat kdegilannya namun agak merayu supaya jgn dirawat pesakit ini. Jin merayu2 namun tetap xnak beritahu dirinya yg sebenar. Atas alasan tuannya xnak diberitahu.. Kami agak pelik, terlalu jarang kami berjumpa dgn kes2 sebegini yg mana jin2 sanggup mati demi tuannya. Walaupun sblm ni, kami pernah berhadapan dgn pesakit sihir yg merana selama 22 tahun akibat sihir & saka keluarga. Malam kedua rawatan, biasanya jin2 dh bagi kerjasama.. TAPI yg ni, xnak jgk bg kerjasama. Timbul kekeliruan terhadap pesakit ini. Tapi memang dh kehendak keluarga minta kami ikhtiarkan jgk, kami ambik jalan terakhir iaitu terpaksa ‘sembelih’ jin.. kami minta kuarga pesakit btgg-jwb k atas pembunuhan jin ini.. Urusan sembelih jin ni kami serahkan pd rakan kami yg memang kerja dia sembelih jin2 degil.. Rakan kami minta besi tumpul utk sembelih jin. Nampak pesakit (jin) ketakutan amat sangat tp tetap dgn sikap degilnya. Rakan kami lapik sejadah d tengkuk pesakit, dan ‘SCRUUPPP’ dgn penuh semangat ‘menyembelih’ jin td.. Bedebuk, pesakit jatuh mcm lembik x bmaya. Saya & sorg kawan bacakan ayat2 rawatan untuk pastikan tiada lg jin2 lain yg mganggu. Tiba2 nmpak ada lg tindakbalas d kepala & mata pesakit.., rakan tadi nk sembelih lagi.. TIBA2 jin merayu bgtau dia memang nak pergi tapi tuan dia panggil balik. Dia xnak mati mcm kawan dia tadi, terlalu ngeri dia tengok kwn dia mati. Akhirnya dia bercerita yg dia & jin2 yg ada adalah ‘Pakaian’ pesakit @ jin pendamping. Pesakit sendiri adalah Tuan dia. Utk awet muda, seri wajah, penunduk suami (katanya sebab suami dia selalu keluar jauh cari kerja, jadi dia belajar dgn Mak Sedara utk tundukkan suami, ternyata lepas tu suami dia banyak dok umah ja, keluar jauh kadang2), bacaan pada alis, mata, rambut & wajah… Kitorg bertanya mak sdara dia ada lg ke @ xda? Keluarga dia gtau dh meninggal dh, malah meninggal dlm keadaan yg mngaibkan. Masa itu br nmpak wajah penyesalan di wajah pesakit. Suami pesakit gtau, dia agak dh yg istri dia ni memakai ‘sesuatu’ tp xpasti pebenda. Suami dia fhm yg istri dia buat amalan2 karut itu sbb sayang kat suami, Cuma tindakannya x kena dgn ciri2 org islam. Jin itu juga bgtau, sebelum ni pesakit ini dh buang dgn sorg bomoh & memang pesakit ini sihat.., tapi pesakit ini panggil balik melalui bacaan &  mentera jin2 pendamping.. Itupun sbb bergaduh dgn jiran.. Jin itu bersumpah yg x akan mganggu & masuk dlm tubuh pesakit ini, cm gtau dia hanya berada diluar umah sahaja. Jin2 itu akan pergi selepas diizinkan oleh tuannya (pesakit). Selepas itu psakit sedar & nampak cergas dgn tiba2, seolah x sakit2.. siap boleh ketawa smbil2 malu2 kucing thdp suami & anak2.. Anak2 plk dok perli mak,.. katanya emak skrg dh berumur 60 lebih , bukan umo 25 tahun.. Alhmdulillah, Allah izinkan utk perawat2 kecil spt kami. Cuma kami bgtau kpd pesakit, rawatan KETIGA nanti adalah untuk membuang jin2 pendamping.. Pesakit kena sediakan bberapa brg2 kperluan utk mbuang pdamping.. Pasni jgn panggil lg pendamping itu. Klu x, dia alami mslh sama lagi.. Jenuh berubat la jwbnya..

Malam KETIGA rawatan… heheee, belum buat lagi, sbb Malam KEDUA tu baru je mlm KELMARIN…. Suami dia tepon sheh gtau dh dpt tdo lena dah.. Nanti utk rwtn KETIGA, dia akan bgtau..

MORAL : Banyak kes2 Jin Pendamping (pakaian diri), semasa proses rawatan, JIN2 itu akan menyalahkan kepada pihak lain kononnya dia adalah jin2 sihir dihantar leh si pulan si pulan.., dan juga mengatakan yg dia adalah jin peliharaan arwah nenek moyang.. Akibat timbul permusuhan antara sesame islam & juga andaian @ fitnah terhadap arwah.. Apa2 pun, baik jgn percaya apa yg jin bgtau.. Anggap shj itu hanya lakonan jin.. Yg Penting, pesakit semakin sembuh & x diganggu jin lagi…………


Malam KETIGA RAWATAN : Sepatutnya Malam k3 dia kena buat rawatan pelepas keluar dlm tempoh paling lama seminggu slps rwtn k2.., tp dia x dtg utk rwtn, katanya dia rs mcm dh sembuh, dh blh tdo.. Abis tu, skrg rs cmana? dia ckp xleh tdo balik, sakit2 badan, panas2... memang laa, sbb jin tu x pergi lg, klu pergi pon, akan datang balik sbb DlmBadan & Muka dia, penuh dgn 'makanan2' jin.. Kitorg suruh dia duduk belunjur ngadap kiblat, ngucap skali.., Masa itu ada sekitar 10 org pesakit yg dtg, & kitorg minta semua duduk belunjur bersama supaya Bacaan Ruqyah & Ayat2 rawatan x perlu baca byk kali, jimat masa.. Baru je mulakan bacaan, Mak Cik ni yg rebah dulu, mggeliat2 kesakitan, sakit2 kpala, kwn sheh suh muntahkan shj klu rs nk muntah smbil bacaan dteruskan.. Baru jer baca plk ayat 'watta ba uu maa tatlussyayaaztiin......' rebah plk sorg psakit, x sdar diri tp badan mcm kkejangan.. Aahh, biarkan dulu.. janji x mngamuk jer.. Sape suruh jin dok dlm bdn mnusia, kan dh kepanasan... pastu sorg lg psakit tbatuk2 + muntah.. Nasib baik sorg2 dh dbekalkan dg plastik muntah masing2... Klu dbuatnya buang atas lantai, jenuh la plk nk kena basuh.. Sorg psakit tuu, nmpaak dookk diaammm jeer, tp x sdar diri jgk.. KITA lupakan kisah pesakit2 lain, cerita ni Pasal SI MAK CIK itu jeer dlu.. 
     Smbil2 baca ayat2 rawatan, sheh pukul2 blkg mak cik tu dg kain serban, mnangis2 mak cik tu ksakitan, dlm hati sheh gtau, klu xnak sakit, kuar kot mulut cpt2.. mak cik tu muntah smbil2 pegang urat leher belakang.. sheh minta izin suami dia sbb kena sentuh urat tengkuk dia, nmpk mcm ada jin dok mnyorok blkg urat tengkuk dia tuu, masa sentuh je urat tengkuk blkg tu, semakin kuat mak cik tu mnggelupur, rs mcm ada tdk-bls ssuatu plk d urat tengkuk belah kiri.. Anak mak cik tu gtau, hati2 wei, rama doh tok bomo kena penyepak mak nii.. sheh minta sahabat perawat 'kunci'kan kaki tangan jin yg mgganggu dlm makcik nii... Alhmdulillah, kitorg x kena pnyepak mak cik tuu.., sheh handle mak cik ni, 2 org kwn sheh, urus psakit2 lain.. dlm hati, kitorg sntiasa bdoa supaya Allah permudahkan urusan rawatan, & xda psakit2 yg mengamuk.. Alhmdlillah, mlm k3, agak mudah ckit nk kuarkn jin2 dlm badan, bau2 buruk (tahi & hancing) x skuat rawatan k2 dulu.. Namun masih byk lg jin2 yg berada dlm badan & muka pesakit.. Al-Maklumlah dia stat amalkan ilmu pdamping sejak dia umo belasan tahun lg, Ilmu yg dberikan mak sdara atas alasan supaya kwn2 sayang pada dia... kalau la kt nmpak ksemua jin yg berada di dlm bdn & luar pesakit ini, mgkin dh cukup sekampung jin2 yg dh branak-pinak....


Malam KEEMPAT RAWATAN : kita ceritakan lain kali plk.., nk siapkn diri utk solat zohor dlu....

Monday, 30 April 2012

KONSEP PERUBATAN ISLAM : PERUBATAN ISLAM KELANTAN NAHDATUL SYIFA


1. Merawat penyakit menggunakan Al-Quran dan Doa (Ruqayyah)

Perubatan berkonsepkan Islam menjadi lebih nyata dan ketara apabila si perawat menggunakan Al-Quran dan doa-doa yang diwariskan oleh nabi Muhammad (s.a.w) di dalam rawatannya. Sebenarnya penggunaan ayat-ayat Al-Quran di dalam merawat pesakit ada disarankan di dalam Al-Quran seperti maksud ayat ini: "Dan kami turunkan sebahagian dari Al-Quran (ayat-ayat) sebagai penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Isra 18)"

2. Mengakui penyakit dan kesembuhan adalah datangnya dari Tuhan maha pencipta.

Penyakit datangnya dari Allah untuk menguji keimanan hamba-hambanya. Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan kepada kita dengan jelas bahawa Dia menguji keimanan Nabi Ayub dengan mendatangkan satu penyakit kulit yang ganjil untuk menguji keimanan beliau. Mengikut sesetengah tafsir, Iblis laknatullah mencabar Allah (s.w.t) untuk menguji keimanan Nabi Ayub dengan kesengsaraan kerana pada pandangan Iblis, Nabi Ayub beriman kerana dia telah dianugerahkan Allah dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang banyak. Iblis berhujah sekiranya Allah menjadikannya miskin dan sakit, nescaya Nabi Ayub akan marah dan kufur kepada Allah (s.w.t). Ternyata dakwaan Iblis melesit sama sekali. Keimanan Nabi Ayub menjadi semakin hebat dengan ujian tersebut.

Di dalam Al Quran Allah ada berfirman "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkan". Ini adalah dalil yang cukup kuat menunjukkan bahawa Allahlah yang menyembuhkan segala penyakit. Rawatan dan ubat-ubatan yang kita ambil hanyalah sebagai ikhtiar secara zahir yang dituntut oleh Allah untuk kita lakukan. Namun hakikatnya, Allah jualah yang menyembuhkan penyakit kita.

3. Mengakui setiap penyakit ada ubatnya melainkan maut.

Nabi Muhammad (s.a.w) ada bersabda yang membawa maksud "Setiap penyakit ada ubatnya" dan "Tetaplah (amalkanlah) kamu dengan habbatus sauda (Nigella Sativa) kerana di dalam terdapat penyembuh bagi segala penyakit kecuali maut".

Hadith-hadith di atas membawa maksud setiap penyakit boleh dirawat sehingga sembuh, tak kiralah samada ianya HIV, kanser, H1N1 atau apa-apa jenis penyakit sekalipun. Mereka yang berpendapat bahawa penyakit kanser tidak ada penawar sebenarnya tidak berpegang kepada konsep perubatan Islam. Orang-orang yang sebegini akan mudah berputus asa, menyebabkan syaitan-syaitan dengan mudah dapat menguasai mereka. Kehadiran syaitan di dalam tubuh badan mereka akan menyebabkan penyakit mereka akan menjadi bertambah parah.

4. Kaedah rawatan dan perubatan mestilah tidak bercanggah dengan hukum-hukum asas Islam (syariat).

Kaedah rawatan penyakit paling biasa diamalkan di kalangan masyarakat tradisional Melayu ialah menyeru semangat-semangat dan ruh-ruh orang yang telah mati bagi memohon menyembuhkan sesuatu penyakit. Kaedah ini amat jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menyuruh kita memohon kesembuhan dari Allah s.w.t. Kaedah lain yang diamalkan, juga bertentangan dengan ajaran Islam ialah merawat penyakit dengan menggunakan pertolongan makhluk halus yang dipanggil dengan pelbagai gelaran seperti orang bunian, jin dan sebagainya.

Juga tidak dikatakan mengikut perundangan Islam apabila ubat-ubatan yang digunakan adalah tidak halal atau halal tetapi tidak baik (syubhah). Ubat-ubatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan seperti dadah tidak mendapat tempat dalam rawatan Islam. Ia boleh digunakan untuk jangka masa pendek atau dalam keadaan darurat sahaja. Umum mengetahui kesan negatif dadah terhadap tubuh manusia amatlah menjengkelkan.

MENGAPA MANUSIA SAKIT

1. Sudut pandangan agama

Manusia sakit dan berpenyakit kerana Allah mahu menguji tahap keimanan mereka. Ujian dalam bentuk penyakit bertujuan untuk menilai tahap keimanan dan keyakinan seseorang kepada Penciptanya. Selain dari itu, Allah menjadikan seseorang itu sakit untuk membersihkan dosa-dosanya dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Ini juga dikenali sebagai kifarah (hukuman) yang mempunyai tujuan baik.

Bagi mereka yang tinggi darjat keimanannya, mereka melihat dan menerima penyakit dengan hati yang lapang dan gembira, kerana mereka yakin yang datang itu adalah rahmat Allah dan bukannya hukuman. Allah telah membukakan hijab pandangan mereka sehingga mereka nampak perkara-perkara yang tersirat yang baik di sebalik penyakit yang mendatang.

2. Sudut pandangan zahir

Manusia sakit dan berpenyakit disebabkan oleh kegagalan organ-organ tubuh badan menjalankan tugas mereka dengan betul. Organ-organ tubuh badan boleh gagal berfungsi disebabkan oleh kerosakan yang berlaku pada organ-organ tersebut. Sebagai contoh, seseorang boleh mendapat penyakit kencing manis apabila organ pankreas-nya gagal mengeluarkan insulin.

Kegagalan organ-organ tubuh badan dalam menjalankan fungsi-fungsinya adalah disebabkan oleh faktor-faktor persekitaran dan tabiat (lifestyle) hidup manusia. Keadaan persekitaran yang kotor dan pencemaran udara boleh menyababkan kuman-kuman dan bahan-bahan beracun masuk ke dalam badan kita dengan kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, menyebabkan sistem immune tubuh badan kita tidak berupaya menangkisnya. Kuman dan bahan-bahan beracun ini, apabila masuk ke dalam tubuh melalui peredaran darah, akan menyerang organ-organ tubuh dan menyebabkan organ-organ tubuh cedera. Kecederaan ini menyebabkan organ-organ tubuh tidak dapat beroperasi secara optimal. Keadaan ini jika dibiarkan berlarutan berkemungkinan besar akan menyebabkan kecacatan kekal kepada organ dan boleh menyebabkan kematian.